Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Pay 2.0 sasar 10,000 peniaga berdaftar menjelang hujung tahun

-

KUCHING: Selepas versi pertama, kini Sarawak Pay versi 2.0 menyasarka­n 10,000 komuniti peniaga berdaftar menjelang penghujung tahun ini.

Pengurus Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Dr Zaidi Razak berkata, buat masa ini dianggarka­n 100 peniaga berdaftar bagi aplikasi yang dilancarka­n pada November tahun lepas itu.

“Kami sedang berbincang dengan beberapa entiti luar negara bagi membuka ruang kepada Sarawak Pay supaya ia dapat ke luar negara.

“Antaranya yang telah kami mulakan adalah Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Singapura dan kami berbincang dengan pengendali seperti Grab Pay serta WeChat Pay,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap sempena Taklimat Mengenai Sarawak Pay Terkini bersama Komuniti Perniagaan dan Media anjuran SMA dan SiliconNet Technologi­es Sdn Bhd di sini, semalam.

Menurutnya, selain itu pihak mereka juga merancang untuk membawa keluar aplikasi berkenaan dari Sarawak seperti Semenanjun­g dan Indonesia yang merupakan rakan kongsi perbincang­an.

Mengulas lanjut kata beliau, SMA berhasrat menge- mas kini inisiatif berkenaan dari semasa ke semasa memandangk­an transforma­si teknologi digital yang sangat pantas.

Beliau pada masa yang sama memberi jaminan kepada rakyat Sarawak bahawa SMA telah melihat semua aspek keselemata­n bagi memastikan ia selamat serta mudah digunakan semua.

“Maklumat peribadi yang diberikan kepada Sarawak Pay semasa pendaftara­n adalah dilindungi dengan baik oleh undang-undang serta peraturan sedia ada di negara ini.

“Kita dikawal oleh Akta Perlindung­an Data Perib- adi (PDPA) dan ditadbir oleh Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya.

Sementara itu, wakil SiliconNet Technologi­es Sdn Bhd, Lucy Wong dalam taklimatny­a berkata, pelbagai promosi diadakan kepada pendaftar Sarawak Pay.

“Bagi peniaga, mereka akan menerima wang tunai 10 peratus bagi setiap transaksi menerusi Sarawak Pay, selain itu pengguna baharu juga akan diberi hadiah wang tunai sambutan sebanyak RM5,” katanya.

Tambahnya bagi Sarawak Pay versi 2.0 ia mengesahka­n nombor kad pengenalan dan nama peng- guna semasa pendaftara­n bagi memenuhi syarat KYC BNM, iaitu ‘Know Your Customer’(Kenali Pelanggan Anda).

“Selain itu, ia mengamalka­n pengesahan pengguna menerusi pangkalan data Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) menggunaka­n padanan nombor kad pengenalan,” katanya.

Sehingga kini kata beliau, sistem bayaran tanpa tunai mempunyai 39 pengebilan kerajaan dan tiga hotel iaitu Hotel Riversiden Majestic, Hotel Grand Margherita dan Hotel Waterfront menggunaka­n aplikasi berkenaan sebagai pembayaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia