Utusan Borneo (Sarawak)

Politik tidak halang hubungan baik kerajaan PH, Sarawak

Kepimpinan Sarawak sedia kerjasama dengan persekutua­n, ADUN PH akan ambil semangat sama dalam DUN Sarawak

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Perbezaan politik antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan ADUN Gabungan Parti Sarawak ( GPS) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tidak akan menghalang hubungan baik antara kerajaan persekutua­n dan kerajaan Sarawak.

Timbalan Presiden Parti Aman Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub berkata, kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n.

Justeru katanya, ADUN PH juga akan mengambil semangat yang sama dalam DUN Sarawak demi kepentinga­n rakyat Sarawak.

“Meskipun dari segi politiknya sekarang ini mungkin pada tanggapan awam akan berlaku kesukaran di mana dalam DUN Sarawak ada pembangkan­g daripada PH.

“Tetapi jaminan yang

Tetapi jaminan yang kami berikan kepada Ketua Menteri adalah untuk tidak menjadikan perbezaan politik ini sebagai halangan untuk memperkuku­hkan hubungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Salahuddin Ayub Timbalan Presiden AMANAH

kami berikan kepada Ketua Menteri adalah untuk tidak menjadikan perbezaan politik ini sebagai halangan untuk memperkuku­hkan hubungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

“Ini kerana pihak Sarawak telah memberikan satu kenyataan akan menyokong PH di Parlimen, jadi ADUN PH juga akan mengambil semangat yang sama dalam DUN Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri di Pejabat Ketua Menteri di Aras 5, Kompleks DUN di sini, semalam.

Terdahulu semasa kunjungan tersebut, Salahuddin berkata beliau dan Ketua Menteri banyak membincang­kan tentang hubungan dua hala antara kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri.

Menerusi pertemuan mereka, Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yakin dalam era baharu PH ini banyak isu dan perkara dapat diselesaik­an bersama.

Beliau turut menjelaska­n kunjungan beliau ke Sarawak bertujuan untuk memperting­kat dan memperkuku- hkan hubungan di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Perbezaan pendapat katanya, tidak menjadi masalah tetapi yang penting ialah rakyat mendapat manfaat daripada era baharu kerajaan PH dan hubungan baik yang ditunjukka­n kerajaan negeri di bawah pimpinan Abang Johari.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TANDA INGATAN: Salahuddin (kiri) menerima cenderahat­i daripada Abang Johari sebagai tanda kenangan atas kunjungan hormat ke atas beliau di Pejabat Ketua Menteri semalam. Turut kelihatan, Dr Rahman (kanan) dan Uggah (dua kanan).
— Gambar Chimon Upon TANDA INGATAN: Salahuddin (kiri) menerima cenderahat­i daripada Abang Johari sebagai tanda kenangan atas kunjungan hormat ke atas beliau di Pejabat Ketua Menteri semalam. Turut kelihatan, Dr Rahman (kanan) dan Uggah (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia