Utusan Borneo (Sarawak)

Sebagai parti bebas, UPP akan terus menjadi parti mesra kerajaan PH, GPS: Soon Koh

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Parti Rakyat Bersatu (UPP) akan menyokong segala usaha kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk terus membangunk­an Sarawak.

Presidenny­a Dato Sri Wong Soon Koh berkata, UPP sebagai sebuah parti bebas akan terus menjadi parti mesra kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“UPP akan memastikan bahawa ia akan berfungsi sebagai sebuah parti yang berbilang bangsa, bersatu padu dan berintegri­ti demi perkembang­an serta kemakmuran ahli-ahli dan penyokong parti.

“Kita akan menyokong segala usaha kerajaan negeri yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk mendapatka­n balik hak-hak Sarawak, terutama penguasaan ke atas minyak dan gas serta memohon lebih banyak peruntukan pembanguna­n untuk Sarawak.

“Kita juga akan menyokong segala usaha kerajaan pusat untuk membangunk­an Sarawak,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar ( MRP) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan di sini, semalam.

Sebanyak 102 rumah panjang dan kampung dalam DUN Bawang Assan menerima peruntukan MRP yang keseluruha­nnya berjumlah RM508,000.

Hadir sama Pengerusi Unit Bumiputera UPP Cawangan Bawang Assan Andrew Shilling, Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan serta yang lain.

Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan berkata, barubaru ini beliau telah menerima peruntukan sebanyak RM5 juta untuk projek- projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) bagi membina jalan, menaik taraf parit, pontun dan kemudahan elektrik di DUN Bawang Assan.

“Projek- projek ini akan dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu dan SESCo untuk memastikan ia dilaksana dan disiapkan mengikut peraturan serta prosedur yang ditetapkan,” jelas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan e-Perdaganga­n itu.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua itu turut merakamkan penghargaa­n kepada ketua masyarakat dan ketua kaum, termasuk pemimpin JKKK dan penduduk DUN Bawang Assan yang telah memberi sokongan yang kuat kepada Dato Andrew Wong semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.

“Walaupun calon kita tidak menang, saya ingin menyampaik­an penghargaa­n kepada semua pengundi atas sokongan yang diberikan kepada beliau (Andrew),” ujar Soon Koh. SIBU: Kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri tidak akan merampas wang yang telah disalurkan kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

Pengerusi Unit Bumiputera Parti Rakyat Bersatu ( UPP) Cawangan Bawang Assan, Andrew Shilling berkata, beliau ada mendengar segelintir ketua kaum yang mengatakan kerajaan mahu merampas wang yang telah diberikan kepada JKKK.

“Kerajaan sama ada kerajaan negeri mahupun kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengganggu wang yang yelah disalurkan kepada JKKK.

“Tuai rumah dan ketua kampung yang mempunyai kemusykila­n dan pertanyaan berhubung perkara ini, boleh bertanya kepada kita.

“Ini agar tidak mengeliruk­an penduduk rumah panjang dan mengatakan wakil rakyat mahu merampas wang JKKK. Ini tidak akan berlaku,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi 102 rumah panjang dan kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan, semalam.

Geran MRP ini yang keseluruha­n berjumlah RM508,000 disampaika­n oleh ADUN Bawang Assan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan e- Perdaganga­n, Dato Sri Wong Soon Koh.

Andrew yang juga Setiausaha Politik kepada Wong berkata, JKKK di Sarawak akan terus wujud meskipun di Semenanjun­g Malaysia ia akan digantikan dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Kerajaan PH hanya menukar JKKK kepada MPKK di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka. Kita jangan keliru mengatakan JKKK tidak lagi wujud di Sarawak,” jelasnya.

Menyentuh mengenai geran MRP, Andrew sekali lagi menasihati ketua kaum agar tidak membahagik­an peruntukan tersebut mengikut pintu di rumah panjang masing-masing.

Sebaliknya ujar beliau, peruntukan itu perlu disimpan untuk digunakan oleh sesebuah rumah panjang itu ketika waktu kecemasan dan kesusahan.

“Jika MRP ini dibahagika­n, JKKK tidak lagi mempunyai dana. Jika ada dana, kita boleh gunakan wang itu untuk melaksanak­an projekproj­ek kecil,” ujarnya.

Beliau juga meminta JKKK yang masih belum mempunyai akaun bank agar membuka akaun bagi memudahkan peruntukan disalurkan.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Soon Koh (tengah) menyampaik­an geran MRP kepada Tuai Rumah Raymond Sebastian Onggoh sambil diperhatik­an oleh Andrew (dua kiri), Stanley (dua kanan) dan James (kanan).
UNTUK RAKYAT: Soon Koh (tengah) menyampaik­an geran MRP kepada Tuai Rumah Raymond Sebastian Onggoh sambil diperhatik­an oleh Andrew (dua kiri), Stanley (dua kanan) dan James (kanan).
 ??  ?? SUASANA AIDILFITRI: Abdul Karim (empat kiri) bersama Exco DUBS Cawangan Samarahan mendendang­kan lagu raya di pentas utama.
SUASANA AIDILFITRI: Abdul Karim (empat kiri) bersama Exco DUBS Cawangan Samarahan mendendang­kan lagu raya di pentas utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia