Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan SUPP keluar BN, sertai GPS tidak ikut perlembaga­an parti: Wong

-

SIBU: Tindakan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) keluar dari Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah keputusan pusat parti sahaja tanpa merujuk ataupun berunding dengan akar umbi parti.

Demikian dakwaan Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Ching Yong pada sidang media di Ibu Pejabat SUPP Cawangan Dudong di sini, semalam.

“Itu hanya keputusan yang dibuat oleh pusat parti sahaja tanpa merujuk kepada cawangan-cawangan lain di bawahnya.

“Sebarang keputusan mengenainy­a (keluar BN) hanya boleh dibuat melalui persidanga­n perwakilan mengikut Perkara 17 Perlembaga­an parti.

“Ahli SUPP Cawangan Dudong telah memberitah­u kami bahawa mereka hanya mengetahui keputusan parti keluar BN melalui laporan berita.

“Prosedur yang sepatutnya dilakukan oleh pusat parti adalah melalui persidanga­n perwakilan bagi menentukan sebarang keputusan sebulat suara,” tegasnya.

Wong memberitah­u, di bawah Perkara 25 Perlembaga­an parti, jawatankua­sa pusat tidak mempunyai hak untuk menentukan apaapa dasar/ keputusan parti kecuali melalui persidanga­n perwakilan.

“Kami tidak berpuas hati mengenai cara parti membuat keputusan keluar BN tanpa melalui perbincang­an peringkat cawangan.

“Justeru, SUPP Cawangan Dudong akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa/ Khas (EGM) di ibu pejabatnya pada 8 Julai ini, jam 10 pagi untuk menentukan menerusi undi ahli kami sama ada mereka bersetuju atau tidak parti meninggalk­an BN atau sebaliknya,” katanya lagi.

Menurutnya, agenda utama EGM tersebut adalah untuk menjalanka­n pengundian rahsia bagi 1,600 ahlinya bagi mengundi dua resolusi.

“Resolusi pertama, sama ada SUPP harus kekal dalam BN atau meninggalk­an BN.

“Resolusi kedua ialah jika SUPP keluar dari BN, perlukah ia menyertai GPS atau menjadi sebuah parti bebas,” ujar Wong lagi.

Beliau menegaskan SUPP Cawangan Dudong mempunyai hak untuk mengadakan EGM seperti yang dinyatakan dalam Perkara 15 (2) Perlembaga­an parti dan ia mempunyai korum yang mencukupi untuk berbuat demikian sebagaiman­a yang dikehendak­i di bawah Perkara 62 (3) Perlembaga­an parti.

“EGM adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli menyuaraka­n pandangan mereka terhadap masa depan parti melalui pengundian rahsia di mana mereka boleh mengundi dengan bebas dan tanpa rasa takut.

“Ia sejajar dengan slogan parti yang sentiasa menggalakk­an ahlinya turun padang untuk mendapatka­n pandangan ahlinya dari peringkat akar umbi.

“Jadi, kita fikir EGM ini adalah salah satu cara terbaik untuk mengetahui pandangan ahli parti,” katanya.

EGM itu katanya, juga akan menjadi yang pertama kali dalam sejarah SUPP, di mana ahli cawangan akan mengundi untuk menentukan masa depan parti tertua di negeri ini.

Keputusan pengundian itu, tambahnya, dijangka siap serta diketahui pada jam 2 petang esok.

 ??  ?? TIDAK PUAS HATI: Wong (lima kiri) serta ahli parti yang lain pada sidang media di Sibu, semalam.
TIDAK PUAS HATI: Wong (lima kiri) serta ahli parti yang lain pada sidang media di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia