Utusan Borneo (Sarawak)

PPBM kini ada 3,777 ahli di bahagian Kuching: Ketua Penaja PPBM Sarawak

-

SANTUBONG: Seramai 17 anak yatim Baitul Rahmah, Jalan Sultan Tengah tersenyum riang selepas menerima duit raya sumbangan peserta Pertanding­an Golf Muhibah.

Majlis murni itu diadakan di Damai Golf and Country Club ( DGCC) di sini.

Menurut Pengurus Besar DGCC, Roslan Mohd Salleh program itu merupakan tradisi tahunan ahliahli kelab yang menyertai pertanding­an diadakan setiap kali berakhir bulan puasa.

“Sambutan terhadap Pertanding­an Golf Muhibah tahun ini amat menggalakk­an dengan lebih 70 ahli kelab mengambil bahagian dan semua mereka menyumbang duit raya untuk membantu kanakkanak kurang bernasib baik,” katanya.

Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak ( SEDC), Edwin Abit hadir menyampaik­an derma.

Beliau turut menggesa kakitangan penganjur untuk turut serta menderma. KUCHING: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini mempunyai ahli berdaftar 3,777 orang di bahagian Kuching, dakwa Ketua Penaja PPBM Sarawak Shariff Busrah.

Seramai 1,332 orang di Samarahan dan Simunjan pula dalam proses pendaftara­n menerusi usaha digerakkan jawatankua­sa penaja dalam tempoh tiga minggu lepas.

“Kita menjangkak­an lebih ramai akan mendaftar sebagai ahli. Untuk ini, kita sudah merangka pelan jangka masa panjang PPBM di Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Menurutnya, satu pusat khidmat masyarakat PPBM di sini akan ditubuhkan sebagai langkah proaktif membantu orang ramai.

Aktiviti PPBM di Sarawak katanya, mendapat restu daripada pemimpin pusat parti, sambil memberitah­u beliau akan mengemukak­an pelan aktiviti mereka kepada pucuk pimpinan.

Bagi memantau gerak kerja PPBM Sarawak, pihaknya menubuhkan kumpulan pemikir 13 orang terdiri daripada penganalis­is politik dan golongan profesiona­l.

“Pada masa sekarang, kita tidak mahu bercakap mengenai perancanga­n calon daripada PPBM pada Pilihan Raya Negeri Ke- 12. Kita bersikap teliti dan tidak terburu- buru dan menyerahka­n kepada penilaian pemimpin pusat,” katanya.

Shariff turut mempersoal­kan tentangan terhadap kemasukan PPBM ke Sarawak.

“Kenapa perlu takut? Negeri kita ada kuasa memilih pada pilihan raya. Jika tidak suka, jangan beri undi. Pangkah saja apa yang kita fikir boleh memperjuan­gkan nasib kita, nasib anak cucu kita,” ujarnya.

Beliau l ebih gemar memikirkan kesinambun­gan dalam pembanguna­n dan kemajuan negeri, katanya sambil menegaskan keputusan melebarkan PPBM ke Sarawak demi kebaikan rakyat.

“Tidak perlu timbul isu UMNO atau parti luar. Isu itu sengaja diperbesar- besarkan mereka yang kurang cerdik dan takut bayangbaya­ng sendiri,” katanya.

 ??  ?? DUIT RAYA: (Barisan belakang, dari tujuh kiri) Edwin dan Roslan bersama kanak-kanak Baitul Rahmah dan tetamu pada majlis itu.
DUIT RAYA: (Barisan belakang, dari tujuh kiri) Edwin dan Roslan bersama kanak-kanak Baitul Rahmah dan tetamu pada majlis itu.
 ??  ?? SHARIFF
SHARIFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia