Utusan Borneo (Sarawak)

6,917 kes kematian di Malaysia pada 2016 dengan 59.12% melibatkan pelajar menunggang, membonceng motosikal

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Kemalangan maut melibatkan golongan belia khasnya pelajar yang menunggang dan membonceng motosikal adalah kerugian besar kepada negara.

Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak Mohd Syafiq Anas Abdullah berkata, statistik menunjukka­n sebanyak 6,917 kes kematian di Malaysia pada 2016 dengan 59.12 peratus melibatkan golongan tersebut.

“Sedangkan, seramai 6.7 juta mereka ini sudah layak memperoleh­i lesen memandu Kelas B2 dan cukup had umur iaitu 16 tahun ke atas, namun masih ramai yang tidak memiliki lesen memandu.

“Perkara ini merupakan kerugian yang paling besar kepada negara,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan MyLesen Kadet Peringkat Zon Kuching JPJ Negeri Sarawak di Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Penrissen No. 1 di sini, semalam.

Anas berkata, sebanyak 313,964 kes kemalangan jalan raya dicatatkan bagi tempoh 2015 hingga 2017 melibatkan pelajar sekolah menunggang dan membonceng motosikal di seluruh negara.

Paling menyedihka­n katanya, bukan sahaja kebanyakan mereka memandu kenderaan atau menunggang motosikal tanpa lesen yang sah, tetapi juga tidak memakai topi keledar.

Katanya, beliau memahami dilema ibu bapa hari ini yang sibuk bekerja mencari nafkah dan tidak dapat menghantar anak ke

Sedangkan, seramai 6.7 juta mereka ini sudah layak memperoleh­i lesen memandu Kelas B2 dan cukup had umur iaitu 16 tahun ke atas, namun masih ramai yang tidak memiliki lesen memandu. Mohd Syafiq Anas Abdullah Pengarah JPJ Sarawak

sekolah.

Namun, beliau menegaskan ibu bapa perlu tegas dan tidak membenarka­n anak mereka menunggang motosikal atau memandu kenderaan tanpa lesen yang sah ke sekolah.

Justeru, pendekatan yang telah dijalankan bersama JPJ dengan kerjasama institut memandu dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia sejak 2016 ialah menawarkan pakej lesen Kelas B2 percubaan dengan bayaran harga RM199 berbanding harga siling RM350 di sekolah memandu biasa.

Oleh itu katanya, pelajar yang berminat perlu berumur 16 tahun ke atas dan merupakan Kadet JPJ di sekolah masing-masing serta mengikuti kelas memandu yang standard disediakan pihaknya.

Program MyLesen JPJ tersebut berjaya menarik penyertaan 221 sekolah di seluruh negara sebagai langkah advokasi.

SMK Penrissen No.1 turut mencatatka­n penyertaan paling ramai bagi 17 sekolah di Sarawak.

Jumlah penyertaan Kadet JPJ tahun ini juga tambahnya, telah mencapai seramai 912 pelajar sekolah menengah berumur 13 hingga 17 tahun.

Menerusiny­a, 641 orang telah mendaftar, namun hanya 481 yang telah lulus dan mendapat lesen memandu percubaan motosikal Kelas B2 itu semalam.

Antara sekolah yang telah turut serta di Miri ialah SMK Agama, SMK Taman Tunku, SMK Pujut dan SMK Lopeng.

Sementara di Bintulu, SMK Baru, SMK Kemena dan SMK Bintulu, dan di Sibu, SMK Jalan Oya, SMK Sungai Merah, SMK Methodist, SMK Kampung Nangka.

Juga di Kuching dan Samarahan ialah SMK Penrissen No.1, SMK Muara Tuang, SMK Padungan, SMK Bandar Samariang, SMK Demak Baru, SMK Kuching High dan SMK Kota Samarahan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengetua SMK Penrissen No.1 Lanyun Lupak dan Pengurus Institut Memandu WJ Wego Chai Chiap Lim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia