Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar pertanian negara mementingk­an sekuriti makanan, justeru kerajaan mahu memaksimum­kan hasil tani: Salahuddin

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani akan terus memastikan Sarawak menjadi sebuah kawasan pertanian yang moden pada masa akan datang.

Menterinya Salahuddin Ayub berkata, dasar pertanian negara yang mementingk­an sekuriti makanan merupakan faktor utama kerajaan mahu memaksimum­kan hasil tani sekali gus meningkatk­an lagi keupayaann­ya.

“Jika kita dapat menggunaka­n sebahagian tanah yang luas ini untuk dibangunka­n sebagai kawasan pertanian yang moden, saya pasti ia akan menyumbang hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekali gus mengurangk­an kebergantu­ngan kita kepada import khususnya dalam industri

Sebagai seorang menteri yang diamanahka­n untuk menjaga portfolio pertanian dan industri asas tani, saya akan pastikan tanah yang begitu luas di negeri ini dapat jadikan sebuah kawasan pertanian moden yang memberi hasil kepada rakyat.

yang berasaskan pertanian ini.

“Malah dengan kelebihan ini, pendapatan isi rumah terutama golongan petani akan dapat ditingkatk­an,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak di luar pekarangan pejabat baharu parti itu di No. 99, Matang Hub di sini, malam kelmarin.

Bagi menjayakan agenda itu Salahuddin berkata, kementeria­nnya akan menjalinka­n kerjasama yang lebih erat dengan kerajaan negeri.

“Sebagai seorang menteri yang diamanahka­n untuk menjaga portfolio pertanian dan industri asas tani, saya akan pastikan tanah yang begitu luas di negeri ini dapat jadikan sebuah kawasan pertanian moden yang memberi hasil kepada rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden AMANAH berkata, pihaknya akan bekerja dengan lebih kuat bagi memenuhi mandat yang rakyat berikan kepada kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum lalu.

“Banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan demi rakyat negara kita. Oleh itu, kita akan bekerja lebih keras dan kuat untuknya,” katanya.

Pada majlis itu, Salahuddin turut menerima borang keahahlian baharu daripada ahli-ahli AMANAH Sarawak Cawangan Sebuyau dan Cawangan Saratok.

Salahuddin Ayub Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

 ??  ?? PERMOHONAN BAHARU: Salahuddin menerima borang keahlian baharu daripada ahli-ahli AMANAH Sarawak Cawangan Saratok pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri parti itu di Kuching, malam kelmarin.
PERMOHONAN BAHARU: Salahuddin menerima borang keahlian baharu daripada ahli-ahli AMANAH Sarawak Cawangan Saratok pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri parti itu di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia