Utusan Borneo (Sarawak)

Pendaratan yu paus, kertas siasatan akan dibuka: Idham

-

MUKAH: Satu kertas siasatan akan dibuka berhubung pendaratan ikan spesies terancam yu paus di perairan Mukah kelmarin.

Pegawai Daerah Perairan Mukah Muhamad Idham Legiman berkata, pihaknya mengambil berat tentang hal itu dan siasatan telah dimulakan.

“Kertas siasatan akan dibuka dan kes ini akan dihantar kepada penasihat undang-undang Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya melalui satu kenyataan di sini, semalam.

Kes katanya, juga akan disiasat di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985 mengenai mamalia akuatik atau penyu di perairan Malaysia dan Peraturan Perikanan ( Pengawalan Spesies Ikan Terancam) 1999 (Pindaan) 2008.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM20,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

Siasatan ke atas perkara itu katanya, akan dilaksanak­an oleh pihaknya dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC).

Selain itu katanya, pihaknya akan mengambil langkahlan­gkah pemulihara­an terutama terhadap hidupan laut terlindung sepenuhnya bagi jabatan peringkat Mukah dalam masa terdekat.

Idham mengakui program kesedaran bagi spesies terancam juga sebenarnya kerap dilakukan pihak jabatan melalui program- program penerangan dan ceramah, liputan media, penyebaran risalah dan sebagainya.

Seekor yu paus jantan atau nama saintifikn­ya Rhincodon Typus seberat kira-kira tiga tan dan empat meter panjang ditemui terperangk­ap dalam pukat nelayan sekitar 1.5 batu nautika daripada Kuala Penipah kelmarin.

Bangkai ikan berkenaan kemudianny­a didaratkan di kawasan pinggir pantai terdekat iaitu pangkalan jeti Kampung Penipah pada jam 8.30 pagi hari sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia