Utusan Borneo (Sarawak)

AMANAH yakin kerajaan PH mampu pacu politik lebih sihat

-

KUCHING: Parti Amanah Negara (AMANAH) yakin dan percaya kerajaan baharu, Pakatan Harapan (PH) mampu memacu senario politik lebih sihat kepada rakyat negara ini.

Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata, biarpun usia AMANAH baharu lebih dua tahun, namun pihaknya akan bersama-sama dengan PH dalam memberi sumbangan kepada kebaikan dan kepentinga­n rakyat termasuk Sarawak.

“Saya gembira selain melihat pembanguna­n politik negara semakin matang dan mendewasak­an pemikiran rakyat, kita yakin dan per- caya kerajaan baharu yang diterajui PH mampu membawa suatu senario politik negara yang lebih sihat.

“Ia bukan politik dendam, bukan politik kotor, bukan politik negatif, bukan politik perkauman, bukan politik gengster tetapi akan menjadikan kita sebagai rakyat yang berlatarbe­lakangkan kepada fahaman politik dan anutan agama masing-masing serta ideologi parti yang menjadi pegangan kita semua,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Amanah Sarawak di luar pekarangan pejabat baharu parti itu di No. 99, Matang Hub di sini, malam kelmarin.

Kira- kira 200 ahli AMANAH Sarawak termasuk orang ramai memeriahka­n majlis yang turut dihadiri Pengerusi AMANAH Sarawak Fidzuan Zaidi.

Sehubungan itu, Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan untuk terus membangunk­an dan turut meletakkan kepentinga­n rakyat Sarawak sebagai sebuah negeri dalam persekutua­n Malaysia.

“Kita akan memperjuan­gkan rakyat Malaysia, tidak ada lagi istilah anda adalah rakyat Sarawak dan saya daripada Semenanjun­g ataupun istilah-istilah yang mungkin membezakan kita tetapi kita akan bergerak untuk satu matlamat yang sama iaitu kepentinga­n rakyat.

“Kita sekarang mempunyai kerajaan baharu di bawah nama PH. Justeru, tanpa mengira siapa pun anda, saya akan berjuang dan kita akan bersama-sama memperjuan­gkan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang,” katanya.

Terdahulu, Salahuddin turut merasmikan pejabat baharu AMANAH Sarawak yang terletak di Matang Hub bersama ahli-ahli parti berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia