Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat harus beri kepercayaa­n penuh kepada wakil rakyat dipilih pada PRU14

-

MUKAH: Rakyat harus memberikan kepercayaa­n penuh kepada wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) lalu terutamany­a yang bernaung di bawah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Bekas Ahli Parlimen Mukah Tan Sri Muhammad Leo Michael Toyad berkata, beliau masih percaya kekuatan parti berkenaan dan juga penubuhan Gagasan Parti Sarawak (GPS).

“Kemenangan ( PBB) di Mukah adalah bukti rakyat masih percaya terhadap parti dan pucuk kepimpinan,” ujarnya pada Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri Lembaga Amanah Masjid Setiaraja Mukah dan Persekutua­n Persatuan Melanau Sarawak (PPMS) di Dewan Suarah Mesra Mukah pagi semalam.

Muhammad Leo berkata, melalui wakil rakyat yang telah dipilih, perjuangan serta aspirasi penduduk terutamany­a untuk kawasan Mukah akan tetap diteruskan.

Dato Hanifah Hajar Taib berjaya mengekalka­n konstituen­si Mukah milik PBB pada PRU14 lalu selepas menewaskan Abdul Jalil Bujang daripada Pakatan Harapan (PH).

Harapan rakyat di Mukah katanya, pasti untuk terus melihat Mukah dibangunka­n di samping mempertaha­n serta mengembali­kan semua hak-hak Sarawak yang selama ini terhakis.

Justeru, Muhammad Leo mengharapk­an kerjasama semua wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan Mukah demi masa depan konstituen­si itu.

Beliau yang juga Presiden PPMS turut mengucapka­n terima kasih kepada seluruh penduduk yang memberikan sokongan kepadanya selama tempoh beliau menjadi wakil rakyat.

Bantuan sumbangan wang turut diberikan kepada 100 penerima pada majlis berkenaan.

Turut hadir Ahli Parlimen Mukah Dato Hanifah Hajar Taib dan ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi.

 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Harden (tiga kiri) menyampaik­an geran kepada Jolly (lima kanan) sambil diperhatik­an oleh Philip (dua kiri), Abdul Samad (empat kanan), Lee (dua kanan), Tiong (kanan) serta yang lain pada majlis tersebut.
GUNA SEBAIKNYA: Harden (tiga kiri) menyampaik­an geran kepada Jolly (lima kanan) sambil diperhatik­an oleh Philip (dua kiri), Abdul Samad (empat kanan), Lee (dua kanan), Tiong (kanan) serta yang lain pada majlis tersebut.
 ??  ?? RAIKAN AIDILFITRI: Hanifah (tiga kanan) menyampaik­an bantuan kepada penerima disaksikan Muhammad Leo (dua kanan) dan Abdul Yakub (kanan).
RAIKAN AIDILFITRI: Hanifah (tiga kanan) menyampaik­an bantuan kepada penerima disaksikan Muhammad Leo (dua kanan) dan Abdul Yakub (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia