Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan pembanguna­n impian penduduk BRS Sg Asap

Kennedy berterima kasih kepada KM atas peruntukan pembanguna­n infrastruk­tur dinanti sekian lama

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

Kami telah bekerjasam­a dengan kerajaan yang ada dengan memberi laluan dan mengorban tanah pusaka nenek moyang yang tidak ternilai untuk memberi laluan kepada projek mega hidro untuk dua empangan di kawasan saya iaitu Murum dan Bakun.

SUNGAI ASAP, Belaga: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon amat berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg atas pengumuman peruntukan pembanguna­n infrastruk­tur di Sungai Asap, Belaga semasa lawatan kerja beliau ke Penempatan Semula Bakun (BRS) Sungai Asap sekali gus akhirnya impian penduduk dapat direalisas­i setelah menunggu selama lebih 20 tahun.

“Kami telah bekerjasam­a dengan kerajaan yang ada dengan memberi laluan dan mengorban tanah pusaka nenek moyang yang tidak ternilai untuk memberi laluan kepada projek mega hidro untuk dua empangan di kawasan saya iaitu Murum dan Bakun,” ujarnya semasa ditemui mengulas mengenai lawatan ketua menteri ke BRS Sungai Asap, Loji Bekalan Air Sungai Asap dan tapak projek baharu Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap dan Gereja BEM Sungai Asap kelmarin.

Begitupun katanya, se- malam mereka melihat ada cahaya baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila saya menulis surat kepada Ketua Menteri pada 13 Jun lalu menyatakan keadaan dan situasi di kawasan Murum.

“Pada 22 Jun, saya berjumpa dan bertanya mengenai surat yang saya kemukakan dan ketua menteri menyatakan untuk datang ke Sungai Asap dan melihat sendiri keadaannya dan hari ini terjawab sebahagian isuisu yang ada di Asap (melalui pengumuman peruntukan projek oleh ketua menteri).

“Saya sebagai wakil rakyat di sini akan memastikan projek-projek ini dilaksanak­an dan hari ini (kelmarin) kami amat berterima kasih kepada ketua menteri mengenai pengumuman berkaitan projek yang akan dilaksana. Ini hanyalah permulaan dan sedikit yang diumumkan hari ini (kelmarin) manakala yang dimansuh dan ditangguh oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah adalah lebih kurang RM500 juta,” katanya.

Ujarnya, sekurang-kurangnya terjawab permintaan dan keperluan penduduk di Sungai Asap selepas isu-isu yang telah saya kemukakan melalui surat kepada ketua menteri.

Katanya sebelum ini ada pemimpin-pemimpin yang datang terutama daripada kerajaan persekutua­n dan selepas Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) beliau melihat semua projek yang telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Jabatan Perdana Menteri ditangguh atau dimansuhka­n.

“Saya sedih kerana ini janji yang telah kami minta dan rakyat di sini sangat kecewa dengan keadaan itu seperti yang selalu saya laungkan di Dewan Undangan Negeri (DUN), rakyat di kawasan Empangan Murum yang dipindahka­n ke Sungai Asap dipinggirk­an,” katanya.

Justeru Kennedy berkata, pengumuman projek yang dibuat oleh ketua menteri amat menggembir­akan rakyat di Sungai Asap terutama pembinaan jalan lot yang telah dimohon beberapa kali pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) serta naik taraf jalan lot di Sungai Asap yang diluluskan berjumlah RM4 juta oleh perdana menteri sebelum ini.

“Tetapi jumlah RM4 juta itu tidak cukup memandangk­an jalan lot di seluruh Sungai Asap ini adalah sepanjang 135 kilometer (km). Apa yang diluluskan pada hari ini adalah RM9 juta dengan pembinaann­ya hanya meliputi sejauh 13.3km sebagai permulaan memandangk­an masih banyak lagi perlu dinaik taraf,” katanya.

Pengumuman kedua pula katanya, jalan-jalan di sekeliling kawasan pasar di pekan Sungai Asap yang diluluskan adalah sebanyak RM7.3 juta termasuk jalan di klinik dan SK Batu Keling dan pasar Belaga.

Yang ketiga berkenaan masalah air katanya, memang ada projek masih berjalan sekarang untuk menyelesai­kan masalah air yang sudah berlarutan sejak 19 tahun lepas dan projek yang ada sekarang ialah pembinaan Loji Bekalan Air berkos RM65 juta yang masih berjalan dan taklimat daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBLAB) memberi jaminan masalah air di Sungai Asap akan selesai.

“Saya rasa amat bersyukur JBLAB menjelaska­n bahawa kualiti air di Sungai Asap adalah yang terbaik di negeri ini dan sekiranya loji itu siap sepenuhnya, saya melihat ia sebagai satu sistem yang sangat baik dan ketua menteri juga meluluskan RM1 juta untuk pembinaan saluran air paip dari meter sehingga ke dapur-dapur rumah di sini,” katanya.

Katanya pengumuman keempat adalah kelulusan peruntukan RM14 juta bagi pembanguna­n infrastruk­tur menaik taraf air, juga di kawasan Sungai Asap termasuk rumah panjang berdekatan dan pembinaan sebuah kuarters untuk yang bekerja di loji air tersebut.

Manakala pengumuman kelima adalah pembinaan gereja umum BEM dan SIB yang katanya, pihaknya telah memohon sejak berpindah di penempatan itu meskipun setiap kampung diketahui ada gereja.

Katanya semalam ketua menteri telah menyelesai­kan masalah ini dengan meluluskan peruntukan RM10 juta untuk pembinaann­ya termasuk pengwujuda­n pusat teologi untuk melahirkan lebih ramai pastor dalam kalangan penduduk di sini.

Jelasnya, pengumuman keenam adalah kelulusan RM5 juta untuk pembinaan pejabat daerah di tapak yang dicadangka­n memandangk­an tapak lama tidak dapat memenuhi keperluan itu dan pelan akan ditender yang mana apabila ada pejabat ini dari situ kami memikirkan untuk menaik taraf daerah ini.

Pengumuman ketujuh ialah menaik taraf jalan ke Lusong Laku yang sentiasa dibangkitk­an dalam DUN, akhbar dan lawatan-lawatan sebelum ini yang mana guru-guru di SK Lusong Laku memaklumka­n jalan itu terputus sepenuhnya dan ketua menteri meluluskan RM2 juta untuk membaik pulih segera jalan yang runtuh tersebut.

“Hari ini banyak perkara telah diselesaik­an dan saya percaya serta yakin dengan ketua menteri kerana beliau lebih fokus. Saya tahu bagaimana beliau bekerja dan perkara ini pastinya akan dilaksanak­an dengan segera dan direalisas­ikan,” katanya.

Kennedy Chukpai Ugon ADUN Murum

 ??  ?? JEMPUT MAKAN: Zaidi (enam kanan) mempersila­kan Abu Seman serta yang lain menikmati hidangan yang disediakan pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ASNB Cawangan Sibu, kelmarin.
JEMPUT MAKAN: Zaidi (enam kanan) mempersila­kan Abu Seman serta yang lain menikmati hidangan yang disediakan pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ASNB Cawangan Sibu, kelmarin.
 ??  ?? KENNEDY
KENNEDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia