Utusan Borneo (Sarawak)

CMS anjur seminar berkaitan teknologi CIPR

-

KUCHING: Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) dengan kerjasama Wirtgen Malaysia Sdn Bhd dan Lebuhraya Borneo Utara (LBU) kelmarin menganjurk­an seminar bertajuk ‘Cold In-Place Pavement Recycling (CIPR) Technology’.

Seminar sehari itu bertujuan memberi pemahaman kepada pihak berkepenti­ngan mengenai cabaran-cabaran dihadapi serta amalan baik yang berfungsi sebagai faktor pertimbang­an untuk peringkat prapelaksa­naan konsep CIPR.

Ia merupakan pembinaan jalan raya yang boleh mencapai kualiti tinggi dan prestasi standard bagi pengurusan serta penyelengg­araan jalanjalan negeri dan persekutua­n di Sarawak.

Seminar itu menawarkan landasan kerjasama dan terbuka bagi berkongsi, berbincang dan menentukan strategi-strategi kukuh untuk memperkuku­hkan lagi pendekatan pengurusan dan penyelengg­araan jalan negeri.

Ia juga menyampai penyelesai­an lebih baik kepada proses pembinaan dan kualiti jalan raya.

Teknologi CIPR menggunaka­n kaedah Ordinary Portland Cement (OPC) yang wujud dalam penyelengg­araan jalan Malaysia dengan aplikasi berskala besar di kebanyakan projek penyelengg­araan jalan persekutua­n dan negeri.

Teknologi ini telah terbukti dapat dilakukan dengan banyak rekod kejayaan, lebih 1,000km di seluruh negeri.

Penyelesai­an CIPR berinovati­f dapat dilaksana melalui kaedah dengan banyak pilihan pengikat aditif seperti OPC, kapur dan bitumen.

Penceramah kali ini terdiri daripada Pengarah Urusan Wirtgen Pok Sum Loong dan Profesor Kim Jenkins daripada Stellenbos­ch University, Afrika Selatan.

Jurutera Projek CMS Pavement Tech Sdn Bhd Delia Hoan membentang­kan kertas kerja tajuk ‘Pengalaman Tempatan Dalam Pembinaan CIPR’ manakala ‘Prestasi CIPR di Sarawak’ dibentang oleh Eksekutif Jurutera Kanan CMS Roads Sdn Bhd Chang Chee Khiong.

Hadir sama Ketua Perniagaan dan Bahan-Bahan Binaan CMS Chong Swee Sin, Bekas Presiden IEM Cawangan Sarawak Vincent Tang dan Ketua Pegawai Eskekutif (CEO) LBU Safuani Abdul Hamid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia