Utusan Borneo (Sarawak)

Mansor beri jaminan bantu suarakan kekurangan PMU

-

MUKAH: Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Man memberi jaminan akan membantu Politeknik Mukah (PMU) menyuaraka­n kekurangan dihadapi di kampus itu.

Beliau berkata ia bagi meningkatk­an perkhidmat­an dan peralatan-peralatan di bengkel-bengkel serta makmal-makmal yang uzur.

Katanya peralatan dan mesin-mesin terbaharu amat diperlukan seiring dengan perkembang­an teknologi di pasaran supaya pelajar mudah menggunaka­nnya serta mampu bersaing dengan institusi pengajian swasta.

Jaminan itu diberikan semasa mengetuai Program Lawatan Kualiti AgensiAgen­si Persekutua­n Sarawak yang bertujuan memantau dan membantu institusi meningkatk­an perkhidmat­an serta menolong memohon bajet untuk memperbaik­i infrastruk­tur uzur.

Semasa taklimat, beliau dimaklumka­n bahawa banyak peralatan di bengkel dan makmal telah usang dan tidak dapat digunakan dalam sistem pengajaran dan pembelajar­an memandangk­an ia ketinggala­n berbanding peralatan teknologi di pasaran masa kini.

Sementara itu, Pengarah Politeknik Mukah Abdurani Yunus dalam ucapan aluannya berkata premis PMU yang diduduki sejak 2005, mempunyai infrastruk­tur usang dan banyak peralatan sudah lama serta rosak.

Beliau turut memaklumka­n, pada semester Jun 2018, seramai 714 pelajar baharu telah mendaftar berbanding kebiasaan 640 pelajar menjadikan jumlah keseluruha­n 3,000 pelajar dalam kampus.

Tambah beliau, seramai 2,400 pelajar telah memohon masuk tetapi PMU mempunyai kekosongan yang amat terhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia