Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n di Serian berterusan walaupun Sarawak pembangkan­g pada peringkat pusat

-

SERIAN: Rakyat di Serian diberi jaminan bahawa pembanguna­n di kawasan itu akan berterusan walaupun Kerajaan Sarawak kini berada di pihak pembangkan­g pada peringkat pusat.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata Kerajaan Sarawak yang ditadbir Gabungan Parti Sarawak ( GPS) adalah ‘ pembangkan­g mesra’ yang bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n di bawah Pakatan Harapan ( PH).

Beliau menegaskan bahawa hubungan baik antara GPS dan kerajaan PH terbukti apabila pemimpin negeri dijemput ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya baru- baru ini.

“Dengan hubungan baik ini, saya percaya kita akan terus mendapat peruntukan pembanguna­n daripada kerajaan persekutua­n.

“Kita akan bersama membangunk­an Sarawak termasuk Serian yang merupakan bahagian pentadbira­n terbaharu negeri termasuk daerah Serian dan daerah Tebedu.

“Maka jangan risau. Kita akan bekerjasam­a selagi kita menjalin usaha sama dengan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Itulah kedudukan kita. Kita adalah pembangkan­g yang mesra,” katanya ketika berucap melancarka­n seminar Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Serian 2018 dan MCOM, sebuah aplikasi mudah alih untuk Majlis Daerah Serian di sini, kelmarin.

M e n g u l a s l a n j u t , Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tebedu menegaskan bahawa rancangan untuk membina Pusat Persidanga­n dan Kompleks Pentadbira­n Bahagian Serian, masih akan diteruskan.

Beliau berkata projekproj­ek berkenaan, yang diumumkan oleh bekas Ketua Menteri Allah- yarham Pehin Sri Adenan Satem dan pecah tanah yang dirasmikan Ketua Menteri kini Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bukan gimik politik seperti yang didakwa oleh beberapa individu dalam media sosial.

“Ia akan dibina tidak lama lagi. Datuk Patinggi Abang Johari juga mengumumka­n tahun lepas bahawa Air Terjun Ranchan akan dinaik taraf. Ia telah siap dalam tempoh empat bulan dengan kos sebanyak RM2.5 juta,” katanya.

Menyentuh mengenai Kempen Hari Tanpa Plastik Beg Plastik Serian 2018, beliau berharap ia akan membawa kepada penguranga­n penggunaan beg plastik di bahagian Serian.

“Jika penggunaan beg plastik tidak terkawal, ia boleh menimbulka­n masalah. Di Eropah, beberapa negara tidak menggunaka­n plastik tetapi beralih kepada beg kertas.

“Di Serian, kami cuba mengawal penggunaan beg plastik dan jangan membakarny­a dan tidak menanamnya kerana ini berbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan.

“Jika kita dapat melakukann­ya, saya percaya bahagian Serian dapat menjadi contoh kepada yang lain,” katanya.

Beliau turut memuji usaha Majlis Daerah Serian melaksanak­an aplikasi mudah alih bagi membolehka­n penduduk Serian berkomunik­asi dengan majlis itu menerusi telefon pintar mereka.

Beliau berkata usaha kini sedang dijalankan untuk meningkatk­an liputan telekomuni­kasi dengan memasang lebih banyak menara telekomuni­kasi bagi membolehka­n rakyat menikmati perkhidmat­an telekomuni­kasi yang lebih baik.

Hadir sama ADUN Kedup Martin Ben, Setiausaha Politik Ketua Menteri John David Nyauh, Residen Serian Johnathan Lugoh, Pegawai Daerah Serian Lim Hock Meng dan setiausaha majlis Constantin­e Jonas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia