Utusan Borneo (Sarawak)

Cara bersifat proaktif perlu untuk mengendali­kan kes salah guna dan rasuah berprofil tinggi: Razim

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Sarawak perlu meningkatk­an kaedah siasatan kepada yang bersifat proaktif dalam mengendali­kan kes salah guna dan rasuah berprofil tinggi.

Pengarah SPRM Sarawak Razim Mohd Noor berkata, tugas pegawai SPRM pada masa ini lebih kepada siasatan melibatkan kes-kes kecil berdasarka­n aduan dan laporan yang diterima.

Justeru katanya, terdapat keperluan untuk meningkatk­an kemahiran para pegawai SPRM untuk membolehka­n mereka mengendali­kan kes berprofil tinggi melibatkan jutaan ringgit.

“Sebagai pegawai SPRM, kita perlu memberikan komitmen lebih daripada 100 peratus dan yang penting bagi saya kita kena tingkatkan modal insan para pegawai kita.

“Jika perlu kita akan berikan mereka latihan, kursus dan sebagainya supaya mereka mahir dalam dimensi baharu penyiasata­n,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis

Sebagai pegawai SPRM, kita perlu memberikan komitmen lebih daripada 100 peratus dan yang penting bagi saya kita kena tingkatkan modal insan para pegawai kita. Razim Mohd Noor Pengarah SPRM Sarawak

Jalinan Mesra Rakan Strategik SPRM Sarawak 2018 di Kompleks Pejabat SPRM di sini, semalam.

Terdahulu, Razim yang baharu bertugas di Sarawak pada Februari tahun ini, berkata, beliau komited untuk meneruskan kerja baik yang telah dilaksanak­an oleh SPRM Sarawak sebelum ini.

Katanya, semua aktiviti penguatkua­saan dan siasatan sedia ada akan diteruskan dan dilihat semula oleh Ibu Pejabat SPRM di Kuala Lumpur bagi menyesuaik­an dengan keadaan semasa.

Bagi aktiviti yang melibatkan kos yang tinggi, ia berkemungk­inan akan dilihat semula untuk menjimatka­n kos.

“Kita akui aktiviti seperti GERAH (Sahabat Gerakkan Revolusi Anti Rasuah) adalah satu aktiviti yang bagus, bagaimanap­un kita kena buat sedikit pelarasan.

“Sebelum ini kita ada Sahabat SPRM dan kita memberikan kad keahlian yang mana melibatkan kos yang tinggi dan ini mungkin akan kita lihat semula.

“Sahabat SPRM fungsinya adalah untuk menjadi mata dan telinga kita dan untuk menjimatka­n kos, kita mungkin menukar penggunaan kad keahlian kepada kaedah e-kad sahaja,” katanya.

Ditanya mengenai pertam- bahan anggota, Razim berkata tiada keperluan untuk pertambaha­n anggota di Sarawak setakat ini.

Keanggotaa­n sedia ada katanya, adalah mencukupi dan jika perlu bantuan akan diminta daripada anggota dari negeri lain untuk tempoh sementara.

 ??  ?? RAMAH MESRA: Razim (berdiri kanan) beramah mesra dengan rakan-rakan strategik pada Majlis Jalinan Mesra di Kompleks Pejabat SPRM Sarawak di Kuching semalam. Turut kelihatan Timbalan Pengarah SPRM Sarawak Zulhairy Zaidel (berdiri, kiri).
RAMAH MESRA: Razim (berdiri kanan) beramah mesra dengan rakan-rakan strategik pada Majlis Jalinan Mesra di Kompleks Pejabat SPRM Sarawak di Kuching semalam. Turut kelihatan Timbalan Pengarah SPRM Sarawak Zulhairy Zaidel (berdiri, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia