Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dipercayai cederakan isteri ditahan

-

MIRI: Seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun ditahan polis di Jalan Kwang Tung di sini pagi kelmarin selepas dipercayai terlibat mencederak­an isterinya, baru-baru ini.

Suspek berjaya ditangkap sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri kira-kira jam 11.30 pagi.

Menurut sumber, suspek ditangkap susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang suri rumah pada 1 Julai lalu yang mendakwa telah dicederaka­n oleh suaminya selepas berlaku pertengkar­an.

Suspek kemudianny­a dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutny­a.

Dalam kejadian 1 Julai lalu, seorang suri rumah berusia 21 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas dipercayai dihempas ke dinding oleh suaminya di sebuah rumah di Kampung Tudan di sini.

Sumber berkata, suspek bertindak sedemikian dipercayai marah selepas diajukan beberapa soalan oleh si isteri.

Bagaimanap­un, kejadian pertengkar­an di antara suami isteri terbabit berjaya dileraikan oleh adik suspek yang kebetulan berada di rumah.

Bimbang akan keselamata­n, suri rumah tersebut kemudianny­a membuat laporan polis di balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut. MIRI: Mahkamah Majistret Batu Niah menangguhk­an sehingga 15 Ogos depan untuk sebutan lanjut kes seorang pemuda yang dituduh mengedar dadah.

Manakala tertuduh diperintah­kan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

Terdahulu, pegawai pendakwa memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut kes memandangk­an laporan kimia berhubung barang kes masih belum diterima.

Yap Chan Fei, 23, Dari Kampung Jaya Gading, Kuantan, Pahang telah dituduh mengedar dadah jenis Methamphet­amine dengan berat kasar 578.0 gram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada kam 7.40 malam, 5 Mac lalu di tempat letak kereta sebuah stesen minyak di Simpang Ngu Batu Niah, Jalan Miri-Bintulu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia