Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan awal kanak-kanak diberi penekanan tinggi

Kementeria­n ikuti perkembang­an pendidik dalam usaha tingkatkan pengetahua­n, kemahiran mereka

- Oleh Marlinda Mardzuki

Inilah antara langkah yang kami ambil dalam menangani akses ekuiti dan kualiti pengasuhan dan pendidikan awal kanakkanak (ECCE) di Sarawak.

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak memberi penekanan tinggi kepada usaha menyediaka­n kemudahan, infrastruk­tur, kakitangan dan penyeliaan sokongan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kementeria­n sentiasa mengikuti perkembang­an pendidik dalam usaha untuk meningkatk­an lagi pengetahua­n dan kemahiran pada pengamal dan pengendali pendidikan awal kanakkanak di negeri ini

Menurut beliau, sejak 2017, sebanyak lapan kursus mengenai kesihatan dan keselamata­n pekerjaan asas telah dikendalik­an pihaknya dengan kerjasama Akademi TM TEC, yang juga merupakan program tahunan mereka.

“Selain itu, antara program tahunan kami yang lain termasuk penyelidik­an tindakan untuk membantu pendidik dan pengendali, menambah baik amalan mereka, memantau dan menilai pusat prasekolah untuk menegakkan kualiti, Program Bersih Awal Bersih Akhir (BaBa) dan aspek kebersihan bagi memastikan pusat pendidikan awal kanak-kanak adalah bersih, sihat dan selamat.

“Inilah antara langkah yang kami ambil dalam menangani akses ekuiti dan kualiti pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) di Sarawak,” katanya ketika menyampaik­an ucaptama pada majlis Persidanga­n Antarabang­sa Persatuan Penyelidik­an Awal KanakKanak Pasific ( PECERA) Ke-19 Tahun 2018 di Kuching, semalam.

Persidanga­n yang berlangsun­g dari 6 hingga 8 Julai dengan tema ‘Start Right, Begin The Journey Right for Every Child’ dianjur Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan HELP Universiti.

Bercakap mengenai persidanga­n itu, Fatimah menyifatka­n ia bagus dan amat relevan kepada pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak.

Ini kerana katanya, persidanga­n itu dilihat sejajar dengan usaha kerajaan negeri dalam menentukan hala tuju pembanguna­n awal kanakkanak.

“Adalah menjadi harapan kami agar hala tuju baharu akan melengkapk­an kanakkanak daripada kemahiran abad ke-21 yang memiliki kemahiran belajar, pengetahua­n diri, akal manusia, komunikasi, selesa dengan kerumitan, bijak menetap matlamat, berfikiran terbuka dan suka belajar.

“Maka itu, kita bersyukur PECERA akan menjadi platform untuk para pendidik prasekolah selain meneliti isu yang ada kaitan dengan tema Start Right, Begin The Journey Right for Every Child dalam pendidkan awal kanak-kanak,” katanya.

Kira-kira 300 delegasi dari Sarawak, Semenajung Malaysia, Sabah dan luar negara menyertai persidanga­n itu.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabang­sa UNIMAS Prof Dr Fasihuddin Badruddin.

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? PENEKANAN TINGGI: Fatimah merakamkan gambar kenangan bersama ahli jawatankua­sa PECERA dan kanak-kanak pada majlis Persidanga­n Antarabang­sa PECERA Ke-19 Tahun 2018 di Kuching, semalam.
PENEKANAN TINGGI: Fatimah merakamkan gambar kenangan bersama ahli jawatankua­sa PECERA dan kanak-kanak pada majlis Persidanga­n Antarabang­sa PECERA Ke-19 Tahun 2018 di Kuching, semalam.
 ??  ?? SERTAI KAMI: Kampus Barat i-CATS di Jalan Stampin Timur, Kuching.
SERTAI KAMI: Kampus Barat i-CATS di Jalan Stampin Timur, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia