Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan terus tumpu kepada usaha memperkasa pengeluara­n produk kayu hiliran

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada memperkasa­kan pengeluara­n produk kayu hiliran meskipun pengeluara­n kayu balak lebih rendah bagi tempoh suku pertama tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pengeluara­n kayu menurun dari 1.45 juta meter padu bagi tempoh Januari hingga Mac tahun lalu kepada 1.13 juta meter padu bagi tempoh sama tahun ini.

“Ini disebabkan oleh kuota pengeluara­n yang lebih rendah. Pada masa sama, kerajaan negeri juga mahu terus memberi tumpuan kepada aktiviti hiliran seperti menghasilk­an produk bernilai tinggi seperti perabot dan papan lapis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Gawai Raya Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) di Wisma Sumber Alam, semalam.

Awang Tengah yang juga merupakan Pengerusi STIDC berkata, Jepun masih menjadi pengimport utama produk kayu di negeri ini yang mer- angkumi 47 peratus daripada jumlah pendapatan eksport diikuti India 11 peratus dan Korea pada sembilan peratus.

“Pada masa sama, papan pelapis masih produk eksport utama dengan 373,982 meter padu bagi suku pertama tahun ini, diikuti kayu balak sebanyak 358,453 meter padu dan kayu gergaji sebanyak 102,456 meter padu,” tambahnya.

Dalam perkara berlainan Awang Tengah berkata, STIDC menganjurk­an program ‘Pool Of Young Designers’ (POYOD) untuk melahirkan pereka perabot profesiona­l dan berbakat bagi tujuan pengkomers­ilan.

“Program ini, kerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan memberi inspirasi kepada usaha PUSAKA untuk memudahkan transforma­si industri balak negeri, meningkatk­an pembanguna­n dan meningkatk­an pendapatan eksport produk balak bernilai tinggi menjelang 2030,” kata beliau.

Beliau menambah bahawa tahun ini, pengambila­n pertama untuk POYOD menyaksika­n enam mahasiswa UNIMAS telah menjalani program latihan selama 12 bulan dengan Samling Housing Products Sdn Bhd di Kuala Baram, Miri.

“STIDC juga membawa peserta POYOD ini dengan 19 koleksi reka bentuk perabot baharu yang menggunaka­n kayu Acacia di INDEX Mumbai dari 3 hingga 6 Mei di mana pertanyaan bernilai kira-kira RM3.2 juta atau 27 kontena diterima mengenai produk yang dipamerkan pada pameran itu.

“Pendedahan di India untuk menggalakk­an dan mengkomers­ilkan reka bentuk peserta POYOD telah mencapai objektif jangka pendek dan kumpulan baharu POYOD akan memulakan latihan mereka pada 2019,” kata Awang Tengah

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais dan Pemangku Pengurus Besar STIDC Hashim Bojet.

 ??  ?? RAYA BERGANDA: Awang Tengah memotong lemang sebagai simbolik Sambutan Gawai Raya STIDC di Wisma Sumber Alam, semalam.
RAYA BERGANDA: Awang Tengah memotong lemang sebagai simbolik Sambutan Gawai Raya STIDC di Wisma Sumber Alam, semalam.
 ??  ?? MAJU KE HADAPAN: Ali (lima kanan) bersama kakitangan AIM Saratok pada Majlis Konvensyen Kuick Saratok dan Ramah-Tamah Gawai Raya di Saratok semalam.
MAJU KE HADAPAN: Ali (lima kanan) bersama kakitangan AIM Saratok pada Majlis Konvensyen Kuick Saratok dan Ramah-Tamah Gawai Raya di Saratok semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia