Utusan Borneo (Sarawak)

AIM banyak bantu golongan wanita terlibat perniagaan

-

SARATOK: Sejak penubuhann­ya, Amanah Iktihar Malaysia (AIM) banyak membantu golongan wanita terlibat dengan perniagaan dan usahawan melonjakka­n sumber pendapatan mereka.

Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju berkata ramai ahli AIM telah berjaya bidang mereka ceburi dan ini membuktika­n misi dan visi digerakkan AIM kepada ahli-ahli berjaya dilaksanak­an.

“Usaha AIM perlu diteruskan dan diperkemba­ngkan terutama kepada masyarakat di kawasan luar bandar masih memerlukan bimbingan dan bantuan daripada AIM.

“Kepada ahli- ahli AIM kita berharap mereka mampu memanfaatk­an segala bantuan dan kemudahan diwujudkan dengan sebaiknya terutama untuk memajukan diri.

“Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya tetapi teruskan perjuangan dan jangan putus asa kerana ketabahan itu bakal membawa kejayaan kepada seseorang,” katanya pada Majlis Konvensyen Kuick Saratok dan Ramah-Tamah Gawai Raya AIM Saratok dan Kelab Ikhtiar Cemerlang Saratok semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian itu menyeru masyarakat di Saratok bekerjasam­a dan berganding bahu dengannya memajukan dan membangunk­an Saratok.

“Kita perlu bersama membangunk­an Saratok, jangan biarkan perbezaan politik membelengg­u kita kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) sentiasa mengamalka­n dasar buka pintu.

“Bagi saya lupakan protokol kerana saya berkhidmat untuk rakyat atas dasar kepercayaa­n dan sokongan rakyat,” katanya.

Pada majlis itu, Ali mengumumka­n peruntukan berjumlah RM10,000 kepada Kelab Iktihar Cemerlang Saratok.

AIM Saratok turut menyampaik­an Cek Geran Program Agrotani berjumlah RM68,500, Cek Geran Program Usahawan Pengilang bernilai RM90,000, penyampaia­n Anugerah Penghargaa­n Usahawan Berjaya dan sumbangan mangsa kebakaran dari Kampung Tanjung Saratok iaitu Sarimah Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia