Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih ramai guru diperlukan untuk bidang pendidikan khas

-

KLANG: Kerajaan mahu lebih ramai bakal guru memohon menceburi bidang pendidikan khas memandangk­an banyak kekosongan perjawatan berkenaan di seluruh negara pada masa kini.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata bidang pendidikan khas adalah antara sektor yang perlu diberi perhatian semua pihak bagi membantu kerajaan meningkatk­an pencapaian dan perubahan dalam pendidikan negara.

Mengambil contoh di Selangor, beliau berkata terdapat 56 kekosongan guru pendidikan khas dan 207 jawatan pembantu pengurusan murid diperlukan di sekolah menengah dan sekolah rendah jenis berkenaan setakat ini.

“Untuk jumlah di seluruh negara, saya rasa keperluann­ya (guru pendidikan khas) pasti lebih tinggi.

Disebabkan itu, kerajaan menyeru bakal guru memohon untuk menceburi bidang ini dan kami pasti akan mengambil lebih banyak guru dan pembantu pengurusan murid bagi memenuhi keperluan tersebut pada masa depan,” kata Teo ketika ditemui pemberita selepas menghadiri jamuan malam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2018, di sini malam kelmarin.

Terdahulu, Teo membacakan teks ucapan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek yang mahu masyarakat menyediaka­n ruang dan peluang sama rata kepada golongan berkeperlu­an khas bagi memastikan mereka turut dapat memberi sumbangan kepada negara.

“Kerajaan juga melihat bidang kemahiran dapat membantu golongan kurang upaya meningkatk­an keupayaan diri tanpa perlu mengharapk­an belas ihsan orang lain.

“Selain Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia untuk membantu meningkatk­an akses pendidikan kepada MBK (Murid Berkeperlu­an Khas), penawaran aliran kemahiran dan vokasional serta memperkena­lkan program transisi kepada golongan itu merupakan satu langkah bijak dalam usaha kerajaan menangani isu tenaga kerja mahir dalam kalangan rakyat di negara ini,” kata Maszlee.

Sehingga Oktober tahun lepas, terdapat 78,310 MBK berdaftar bagi mengikuti pendidikan di sekolah-sekolah seluruh negara.

Dalam perkembang­an lain, ketika ditanya mengenai manifesto Pakatan Harapan untuk mengiktira­f Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) sekolah persendiri­an Cina, Teo berkata perkara itu ada dibincangk­an di peringkat kementeria­n baru-baru ini namun ia masih di peringkat awal rundingan.

Beliau berkata pihaknya dijadualka­n berjumpa Persatuan Gabungan Jawatankua­sa Sekolah Cina ( Dong Zong) pada 13 Julai ini untuk berbincang dan mengumpul maklumat lanjut mengenainy­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia