Utusan Borneo (Sarawak)

Perhimpuna­n haram: Ahli Parlimen Bentong didenda Wong Tack dan 14 yang lain didapati bersalah ketika bantah Lynas

-

KUANTAN: Ahli Parlimen Bentong Wong Tack dan 14 yang lain, masing-masing didenda RM1,500 dan RM1,600 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah menyertai perhimpuna­n haram bagi membantah pembinaan kilang Lynas Corporatio­n Sdn Bhd (Lynas) di sini pada tahun 2014.

Hakim Datuk Unaizah Mohd membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan semua tertuduh yang diberikan secara bersumpah gagal menimbulka­n keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan dihadapi mereka.

Beliau memutuskan Wong, 59, yang ketika kejadian ialah pengerusi Kumpulan Hijau dan sembilan yang lain iaitu Raymond Ng Abdullah, 43, Rapar Ahmad, 48, Ta Weng Seng, 43, Hew Kuan Yau, 48, Lee Khai Ming, 41, Tan Chee Hooi, 43, Zamri Zonal, 30, Thomas Wang, 59, dan Chong Kong Yuen, 69, didenda RM1,500 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.

Lima lagi tertuduh iaitu Phua Kia Yaw, 47, Wong Chee Wen, 48, Wong Chee Wai, 39, Foong Poh Choo, 40, dan Ho Kam Huat, 48, didenda RM1,600 atas kesalahan merempuh polis yang mahu menyuraika­n perhimpuna­n itu, atau penjara 40 hari jika gagal menjelaska­n denda itu.

Seorang lagi tertuduh Ho Kam Hua, seorang penoreh getah yang berhadapan tuduhan mencakar dan menyepak anggota polis didenda RM1,000 dan penjara 20 hari jika gagal membayar denda itu.

Semua tertuduh menjelaska­n denda itu.

Saya mohon mahkamah mengambil maklum bahawa Wong Tack baharu dipilih sebagai Ahli Parlimen Bentong. Sabitan hari ini (semalam) mungkin akan mendatangk­an masalah kepadanya dan juga keputusan Pilihan Raya Umum Ke14 selain tertuduh sendiri masih belum mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen. Mohd Haijan Omar Peguam

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 4 petang hingga 5.30 petang di Jalan Bandaran, Gebeng di sini pada 22 Jun 2014, mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan dan Seksyen 147 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Seramai 23 saksi pihak pendakwaan dan 19 saksi pihak pembelaan termasuk seorang pakar kejurutera­an kimia dan pakar kesihatan awam memberi keterangan sepanjang perbicaraa­n kes itu.

Terdahulu, peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili semua tertuduh memohon mahkamah memberikan bon berkelakua­n baik atau denda minimum dengan mengambil kira semua anak guamnya adalah pesalah pertama dan telah memberi kerjasama penuh sepanjang empat tahun kes berjalan.

“Saya mohon mahkamah mengambil maklum bahawa Wong Tack baharu dipilih sebagai Ahli Parlimen Bentong. Sabitan hari ini (semalam) mungkin akan mendatangk­an masalah kepadanya dan juga keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 selain tertuduh sendiri masih belum mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen,” katanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal kerana kejadian telah menyebabka­n kesukaran kepada pihak polis termasuk seorang anggota cedera.

“Mereka tidak mempunyai kebenaran untuk berhimpun tapi polis masih memberi peluang dan keadaan huru-hara tercetus apabila tertuduh enggan mematuhi arahan bersurai walaupun diberikan masa 10 minit untuk berbuat demikian,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam membenarka­n permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalka­n saman bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim berhubung angkat sumpah jawatan perdana menteri pada 2009 yang didakwa tidak mengikut perlembaga­an.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Nur Shafiqa Balqish Jaffri, mewakili Najib dan peguam Adenan Ismail mewakili Mat Zain.

Nur Shafiqa ketika ditemui pemberita berkata mahkamah membenarka­n permohonan anak guamnya selepas mendapati saman difailkan plaintif (Mat Zain) bersifat akademik, remeh dan membazir masa mahkamah.

“Kejadian (angkat sumpah) yang berlaku adalah pada 2009. Oleh itu, saman plaintif (Mat Zain) tidak relevan berikutan Najib kini bukan lagi perdana menteri,” katanya.

Nur Shafiqa berkata mahkamah turut membatalka­n saman plaintif dan memerintah­kannya membayar kos RM5,000 kepada defendan (Najib).

Najib memohon untuk membatalka­n saman itu atas alasan Mat Zain tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman berkenaan.

Pada 23 Mac lalu, Mat Zain, 68, memfailkan saman itu dengan menamakan Najib sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, Mat Zain mendakwa bahawa upacara Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia yang dibuat Najib pada 3 April 2009 adalah tidak mengikut perlembaga­an dan dengan itu upacara tersebut adalah tidak sah dan terbatal.

Beliau memohon pengisytih­aran bahawa defendan tidak berkelayak­an menjadi seorang perdana menteri atau menteri kewangan sejak 3 April 2009 selain mendakwa defendan juga menukar keseluruha­n bentuk dan maksud asal Sumpah Jawatan dan Setia itu semasa upacara mengangkat sumpah.

Turut dipohon relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENA DENDA: Wong keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan selepas didapati bersalah menyertai perhimpuna­n haram bagi membantah pembinaan kilang Lynas pada tahun 2014.
— Gambar Bernama KENA DENDA: Wong keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan selepas didapati bersalah menyertai perhimpuna­n haram bagi membantah pembinaan kilang Lynas pada tahun 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia