Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Dalic yang menyasarka­n diri layak ke separuh akhir perlu mengatasi tuan rumah Piala Dunia 2018 Rusia pagi esok

-

SOCHI: Croatia menyasari peringkat separuh akhir Piala Dunia buat pertama kali sejak 1998 – ketika mereka membuat penampilan pertama mereka sebagai sebuah negara merdeka di atas pentas terbesar dalam sukan bola sepak.

Tetapi adakah pasukan Croatia yang menentang pasukan tuan rumah Rusia pada peringkat suku akhir akan mendapat peluang yang lebih baik untuk mengatasi wira-wira dua dekad lalu?

Pasukan Zlatko Dalic menunjukka­n dalam kejayaan mereka yang menyeluruh ke atas Argentina pada fasa kumpulan bahawa mereka tidak takut kepada namanama besar, dan terdapat sebab yang kukuh untuk menyatakan mereka adalah pasukan terbaik dalam bahagian kumpulan mereka.

England mungkin tidak bersetuju, dan kedua- dua negara boleh jadi akan bertemu pada peringkat separuh akhir.

Bagaimanap­un, sementara Croatia memerlukan tendangan penalti untuk menewaskan Denmark pada peringkat terakhir sebelum ini, mereka telah datang ke Sochi dengan penuh keyakinan.

“Kami telah menunjukka­n di Piala Dunia ini bahawa kami ada hak untuk mengharapk­an perkara besar. Kami bermain dengan amat baik dan kami mempunyai pemain yang kami sudah tentu harus percaya dapat sampai ke penghujung,” kata pemain pertahanan Domagoj Vida.

Mana- mana pasukan yang memiliki kualiti Luka Pemain Croatia menjalani sesi latihan sebagai persiapan untuk aksi perlawanan menentang Rusia pada suku akhir Piala Dunia 2018 di Rusia. Modric mampu untuk menaruh impian, terutamany­a apabila dia disokong oleh Ivan Rakitic dan Mario Man

dzukic. “Dia adalah k a p t e n kami, dia

Setiap jurulatih membawa idea baharu. Mungkin ia demi kebaikan tertinggi pasukan bagi kami memasuki era baharu bersama jurulatih baharu. Ivan Perisic Pemain Croatia

adalah ketua kami, semua kami menyokongn­ya,” kata pemain sayap Inter Milan, Ivan Perisic, mengenai Modric. Pemain Real Madrid itu mungkin pemain terbaik di kejohanan ini tetapi kekuatan mendalam dalam sebuah negara yang begitu kecil adalah menakjubka­n. Seramai 16 anggota skuad Dalic bermain dalam lima liga besar di Eropah, dan penjaga gol Monaco, Danijel Subasic, menjadi wira dalam perlawanan menentang Denmark apabila dia menyelamat­kan tiga tendangan penalti.

Ante Rebic yang kuat turut bermain dengan mengagumka­n, selepas dia menjaringk­an dua gol untuk Eintracht Frankfurt dalam kemenangan ke atas Bayern Munich dalam perlawanan akhir Piala Jerman.

Membawa masuk pemain sayap berusia 24 tahun itu ke dalam pasukan antarabang­sa merupakan salah satu perubahan yang dibuat oleh Dalic, yang menggantik­an Ante Cacic selaku jurulatih lewat tahun lepas.

“Setiap jurulatih membawa idea baharu. Mungkin ia demi kebaikan tertinggi pasukan bagi kami untuk memasuki era baharu bersama seorang jurulatih baharu,” kata Perisic.

Dalic membimbing pasukannya untuk memenangi perlawanan ‘play-off’ menentang Greece, seterusnya layak ke kejohanan akhir, dan sudah menyelia kemajuan berterusan walaupun diganggu oleh masalah di luar padang.

Persiapan mereka untuk kejohanan ini dibayangi perbicaraa­n rasuah bekas ketua Dinamo Zagreb, Zdravko Mamic, selain tuduhan terhadap Modric kerana didakwa memberi keterangan palsu dalam kes itu.

Penyerang AC Milan Nikola Kalinic dihantar pulang selepas dia dilaporkan enggan dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan pembukaan Croatia menentang Nigeria.

Walau bagaimanap­un, suasana dalam kem adalah tenang.

“Saya rasa ia sudah menggambar­kan suasana kami dengan memadai, hakikat bahawa kami sudah bersama selama hampir sebulan setengah dan insiden paling kecil sekali pun tidak ada di antara pemain,” tegas Rebic.

Dia dan anggota skuad lain menghabisk­an minggu ini mengingati memori mereka pada 1998, apabila Croatia menang 3-0 ke atas Jerman pada kali terakhir mereka mara ke peringkat suku akhir.

Bagaimanap­un satu halangan serius masih perlu diatasi.

Ketika itu, Croatia kecundang di tangan pasukan tuan rumah Perancis pada peringkat separuh akhir.

Satu-satunya perlawanan mereka yang lain pada masa lalu menentang pasukan tuan rumah di Piala Dunia turut berakhir dengan kekalahan, ketika menentang Brazil empat tahun lalu.

Croatia boleh menjangkak­an sambutan yang dingin di Stadium Fisht pada awal pagi esok (jam 2.00 pagi Ahad waktu Malaysia).

Bagi sebuah negara dengan populasi tidak sampai 4.3 juta orang untuk menewaskan pasukan negara tuan rumah yang mempunyai lebih 142 juta penduduk adalah satu pencapaian yang luar biasa. Namun mereka ternyata tidak kurang kepercayaa­n.

“Saya rasa kami mempunyai lebih banyak kualiti dalam pasukan kami dan saya rasa kami adalah pasukan yang akan menentukan rentak,” kata Rebic. — AFP

 ??  ?? DALIC BERSEMANGA­T:
DALIC BERSEMANGA­T:
 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TILIK: Anak beruang bernama Aurora membuat ramalan untuk aksi suku akhir Piala Dunia di antara Rusia dan Croatia.
— Gambar Reuters TILIK: Anak beruang bernama Aurora membuat ramalan untuk aksi suku akhir Piala Dunia di antara Rusia dan Croatia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia