Utusan Borneo (Sarawak)

England yakin juarai Piala Dunia 2018

-

REPINO: Bersemanga­t melihat skuad muda yang mengujakan dan perlawanan menentang Sweden yang berpotensi memihak kepada mereka pada peringkat suku akhir pada malam ini (jam 10.00 malam waktu Malaysia), penyokong England mula percaya mereka dapat menamatkan penantian selama 52 tahun untuk memenangi Piala Dunia.

Tetapi pasukan Scandinavi­a yang berazam tinggi itu mempunyai tabiat membuat kejutan, khususnya bila menentang England, kerana mereka hanya tewas sekali sahaja dalam lapan pertemuan kompetitif sebelum ini.

Keyakinan kepada England melonjak selepas pasukan itu menamatkan penantian yang lama untuk memenangi penentuan tendangan penalti di Piala Dunia, dengan mengatasi Colombia dalam perlawanan peringkat 16 terakhir yang tegang dan kasar di Moscow.

“Kami ingin sekali membawanya balik,” kata pemain pertahanan England John Stones kelmarin.

“Saya ingin sekali memenangi Piala Dunia, England pasti ingin sekali memenangi Piala Dunia.

“Ia sudah begitu lama sejak kami kali terakhir memenangin­ya. Kami mahu membanggak­an rakyat di tanah air.”

England, juara Piala Dunia pada 1966, sudah menawan hati orang ramai yang terkilan dengan penyingkir­an awal di Brazil empat tahun lalu selain kekalahan memalukan kepada Iceland di Euro 2016.

Anak buah Gareth Southgate telah menarik jumlah penonton yang lebih ramai ke perlawanan mereka di Rusia berbanding perkahwina­n diraja pada Mei lalu, dengan 23.6 juta penonton yang menyaksika­n penentuan ten- dangan penalti menentang Colombia.

“Ia seronok untuk melihat sokongan di tanah air. Beriburibu orang menyokong kami,” ujar pemain Manchester City itu.

“Saya menerima video dan gambar dari rakan saya di tanah air yang menonton perlawanan, di pub, di mana sahaja mereka berada di negara.”

Bagaimanap­un, dengan tempoh hanya empat hari sahaja sebelum mereka menentang Sweden, England tidak ada masa untuk mendapatka­n semula tenaga mereka.

Sementara ada yang sudah membuat perancanga­n bagi perlawanan separuh akhir yang berpotensi menentang pasukan tuan rumah Rusia atau Croatia, Stones memberi amaran tentang sikap sambil lewa ketika menentang Sweden.

“Saya rasa jika anda kata ia adalah perlawanan yang mudah pada peringkat suku akhir Piala Dunia, maka anda agak bodoh untuk berkata begitu.”

Sweden mungkin telah menghadapi laluan yang jauh lebih sukar untuk sampai ke peringkat suku akhir, dengan menyingkir­kan Belanda dan Itali pada peringkat kelayakan hanya untuk mara ke Rusia, dan kemudian muncul pemenang pertama Kumpulan F manakala juara bertahan Jerman tersingkir.

Tanpa nama bintang sejak persaraan Zlatan Ibrahimovi­c dari bola sepak antarabang­sa, Sweden telah berkembang kerana semangat berpasukan.

Bersedia untuk tidak menguasai bola, bertahan dengan dalam dan menunggu peluang untuk melancarka­n serangan balas, mereka akan membiarkan England mengawal bola.

Namun selain kemenangan besar 6- 1 ke atas Panama pada peringkat kumpulan, England telah bergelut untuk mencipta peluang menerusi permainan terbuka, dengan tujuh daripada sembilan gol mereka setakat ini dijaringka­n menerusi situasi bola mati dan tendangan penalti.

Pertahanan mantap Sweden sudah memastikan mereka tidak dibolosi sebarang gol dalam tiga daripada empat perlawanan di Rusia, tetapi jurulatih Janne Andersson terpaksa melakukan sekurangku­rangnya satu perubahan dalam barisan pertahanan selepas pemain Celtic, Mikael Lustig, digantung permainan.

“Sweden bagus bila melancarka­n serangan balas dan kami perlu waspada mengenai perkara itu,” kata pemain pertahanan sayap England, Kieran Trippier. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERSEDIA: Gambar kombinasi menunjukka­n penyerang England, Harry Kane (kiri) dan pemain Sweden, Emil Forsberg akan bertembung pada suku akhir Piala Dunia 2018 malam ini.
— Gambar AFP BERSEDIA: Gambar kombinasi menunjukka­n penyerang England, Harry Kane (kiri) dan pemain Sweden, Emil Forsberg akan bertembung pada suku akhir Piala Dunia 2018 malam ini.
 ?? — Gambar Reuters ?? SOAL JAWAB: Lovren (kanan) dan Sime Vrsaljko menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media di Rusia.
— Gambar Reuters SOAL JAWAB: Lovren (kanan) dan Sime Vrsaljko menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media di Rusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia