Utusan Borneo (Sarawak)

Lyles dominasi acara 200m, Balew ‘raja’ larian jarak jauh

-

LAUSANNE: Pelari pecut Amerika Syarikat (AS) Noah Lyles menandingi masa terbaik pada musim ini iaitu 19.69 saat dalam acara 200 meter lelaki manakala Birhanu Balew memenangi acara 5000 meter yang dicemari huruhara di selekoh terakhir di Liga Berlian Lausanne kelmarin.

Selepas dia mencatatka­n masa terbaik pada tahun ini untuk memenangi kejuaraan 100 meter AS pada bulan lepas, Lyles, 20, masih cukup bertenaga untuk menafikan rakan senegara, Michael Norman (19.88 saat).

Selepas meraikan kemenangan­nya dengan tarian spontan di atas balapan, Lyles berkata “19.69 adalah hebat tetapi kita dapat sentiasa meningkat”.

Dia menambah: “Matlamat hidup saya adalah besar – saya mahu sebagus jika tidak lebih bagus daripada Michael Johnson dan Justin Gatlin.”

Berbeza daripada Lyles, cita-cita segera Norman lebih sederhana sama sekali.

Abderrahma­n Samba dari Qatar dengan mudah memenangi satu lagi acara 400 meter lompat pagar.

Samba mencatatka­n lembaran terbaharu dalam musim keemasan dengan kemenangan keenamnya dalam Liga Berlian untuk menambah kepada kejuaraann­ya di Doha, Rom, Oslo, Stockholm dan Paris.

Pada Sabtu lepas di ibu negara Perancis, dia mencatatka­n masa kedua terpantas dalam sejarah bagi acara berkenaan iaitu 46.98 saat.

Dia tidak dapat menandingi­nya tetapi dia tidak perlu berbuat demikian kerana masanya 47.42 saat sudah cukup bagus untuk menewaskan Karsten Warholm dari Norway ( 47.94) dan Yasmani Copello dari Turki.

Dalam acara 110 meter lompat pagar, penebusan dinikmati Sergey Shubenkov, juara dunia sekarang dari Rusia yang dikatakan melakukan permulaan yang salah di Paris pada hujung minggu lepas.

Dia mencatatka­n masa 12.95 saat di hadapan pelari AS Devon Allen (13.29) dan Pascal Martinot-Lagarde dari Perancis.

Bersama Samaba, seorang lagi bintang di kejohanan pada hujung minggu lepas di Paris adalah Caster Semenya, yang mengetepik­an perbalahan­nya dengan IAAF berhubung peraturan baharu yang kontrovers­i mengenai testostero­n untuk mencatatka­n masa keempat terpantas pernah dicatatkan dalam acara 800 meter wanita.

Dia memilih untuk berlari dalam acara 1500 meter di Lausanne, tetapi dia tidak dapat meneruskan kecemerlan­gannya, sebaliknya menduduki tempat keenam di belakang pelari AS Shelby Houlihan.

Dalam acara 100 meter wanita, Marie-Josee Ta Lou dari Ivory Coast mengesahka­n statusnya sebagai pelari untuk ditewaskan dalam masa 10.90 saat di hadapan pelari Jamaica, Elaine Thompson, juara berganda Olimpik di Rio.

Dalam acara 5000 meter, Yomif Kejelcha mendahului pelari lain apabila rakan senegara dari Habsyah, Selemon Barega, di tempat kedua, menyepit tumitnya.

Apabila Kejelcha hendak terjatuh, dia cuba mengimbang­i semula badannya dengan berpaut pada Barega, yang dalam senario lucu berjaya melepaskan diri daripada genggaman rakan senegarany­a yang terdesak.

Balew dari Bahrain memecut ke garisan penamat manakala Barega, 18, dengan selamba bertahan untuk tempat kedua manakala juara dunia Muktar Edris hanya menduduki tempat keenam. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TERBAIK: Lyles meraikan kejayaanny­a memenangi tempat pertama acara 200 meter di Kejohanan Liga Berlian.
— Gambar Reuters TERBAIK: Lyles meraikan kejayaanny­a memenangi tempat pertama acara 200 meter di Kejohanan Liga Berlian.
 ?? — Gambar Reuters ?? BERTENAGA: Balew menamatkan larian acara 5,000 meter pada Kejohanan Liga Berlian di Switzerlan­d.
— Gambar Reuters BERTENAGA: Balew menamatkan larian acara 5,000 meter pada Kejohanan Liga Berlian di Switzerlan­d.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia