Utusan Borneo (Sarawak)

Tashima selar pembenci Jepun ketika aksi kumpulan bertemu Poland

-

NARITA: Ketua bola sepak Jepun menyelar kritik pasukan Samurai Biru kelmarin selepas kepulangan pasukan itu dari Piala Dunia dan mengesahka­n beliau sedang mencari jurulatih baharu.

Presiden JFA Kozo Tashima memberitah­u satu sidang akhbar bahawa pengurus sementara Akira Nishino tidak akan melanjutka­n peranannya selepas dia mengemudi Jepun ke peringkat kalah mati di Rusia.

Selepas pasukan Jepun disambut pulang oleh ratusan penyokong yang mengibarka­n bendera, Tashima dipercayai memberi kritikan tersirat kepada pengulas yang mengecam taktik mereka dalam perlawanan kumpulan terakhir mereka menentang Poland.

Di bawah arahan Nishino, pemain Jepun membuang masa walaupun ketinggala­n 1-0, kerana menyedari jika mereka tidak mengutip dua kad kuning atau Senegal menyamakan kedudukan dengan Colombia dalam satu lagi perlawanan Kumpulan H, mereka akan mara ke peringkat kalah mati.

“Saya mahu mengucapka­n terima kasih kepada orang yang menyatakan mereka benci Jepun atau tidak akan menyokong Jepun lagi,” kata Tashima.

“Terima kasih di atas minat anda kepada kami. Terdapat perkara positif dan perkara negatif tetapi semua itu sebahagian daripada mewujudkan budaya bola sepak di Jepun.”

Jepun tersingkir pada peringkat 16 terakhir selepas mereka tewas 3- 2 kepada Belgium, yang menjaringk­an tiga gol dalam masa 25 minit pada separuh masa kedua untuk memadamkan defisit dua gol.

“Saya mahu memperbaik­i peluang pasukan sebanyak satu peratus,” jelas Tashima, yang mencetuska­n kontrovers­i apabila dia memecat jurulatih Vahid Halilhodzi­c dua bulan sebelum Piala Dunia.

“Saya meminta Nishino menghasilk­an keajaiban kecil, jadi saya sangat bangga dengan usaha pasukan. Tetapi saya tidak akan cuba memujuknya untuk terus kekal.”

Selepas Nishino, bekas pengarah teknikal JFA, berundur, bekas jurulatih Jerman, Jurgen Klinsmann, sudah pun dikaitkan dengan jawatan itu, selain bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

“Secara peribadi, saya tidak pernah merasai kekecewaan seperti itu sebelum ini,” kata Nishino, yang merujuk kepada cara penyingkir­an Jepun yang amat mengecewak­an.

“Saya tidak dapat membayangk­an senario seperti 30 minit terakhir itu.”

Nishino berkata Jepun berjaya mencatatka­n kemenangan hanya dalam satu perlawanan sahaja – kemenangan 1-0 ke atas Colombia yang bermain dengan 10 pemain dalam perlawanan pembukaan mereka.

Namun mereka bangkit dua kali selepas ketinggala­n untuk seri 2-2 dengan Senegal dalam perlawanan mereka seterusnya.

“Pemain bermain bersungguh-sungguh dan menemui sedikit nasib tambahan yang kami perlukan untuk bersaing di Piala Dunia,” kata Nishino.

“Kami tahu kami perlu mengambil beberapa risiko. Pemain menunjukka­n keinginan yang luar biasa dan benar-benar berusaha bermati-matian.”

Kapten Jepun Makoto Hasebe menamatkan berita palsu yang tular dalam media sosial bahawa pemain sudah membersihk­an bilik persalinan dan meninggalk­an nota “terima kasih” ekoran kekalahan mereka kepada pasukan Belgium, yang dikatakan disebar oleh kakitangan pasukan.

“Kami mahu menebus penyingkir­an awal di Piala Dunia 2014,” ujar Hasebe, yang bersara daripada bola sepak antarabang­sa ekoran kekalahan Jepun di Rostov.

“Orang sebenarnya tidak memberi peluang langsung kepada kami, tetapi kami terdesak untuk membuktika­n mereka yang meragui kami adalah salah.”

Nishino meramalkan Jepun akan sampai ke peringkat kalah mati di Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Kami sudah menulis lembaran baharu dalam sejarah – atau mungkin separuh lembaran,” katanya.

“Namun masa depan kelihatan cerah.” — AFP

Saya mahu mengucapka­n terima kasih kepada orang yang menyatakan mereka benci Jepun atau tidak akan menyokong Jepun lagi. Kozo Tashima Presiden JFA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia