Utusan Borneo (Sarawak)

Laporan media menyatakan Conte dipecat

-

LONDON: Drama yang berlarutan berhubung masa depan pengurus Chelsea, Antonio Conte, dijangka bakal diselesaik­an dengan pemecatann­ya untuk digantikan oleh seorang lagi warga Itali, Maurizio Sarri, menurut laporan media British.

Pemergian Conte sudah lama dijangkaka­n, walaupun dia menambah satu Piala FA pada Mei lalu kepada kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang dia menangi pada musim pertamanya selaku pengendali Chelsea pada 2016/17.

Kedua-dua akhbar Daily Mirror dan The Times melaporkan kelmarin bahawa keadaan sudah sampai ke kemuncakny­a.

The Times melaporkan Conte mengirim emel yang menyatakan dia masih ketua jurulatih dan menjangka pemain yang tidak bermain di Piala Dunia di padang latihan Isnin ini apabila dia kembali dari percutian, sekali gus membatalka­n permintaan dari seorang anggota kakitangan teknikal kelab agar pemain melapor diri pada hujung minggu ini.

The Mirror melaporkan pemain mahu kekeliruan itu diselesaik­an supaya mereka dapat merancang untuk masa depan dan beberapa ejen dalam keadaan awang-awangan berhubung pemindahan yang berpotensi.

Conte dilihat sebagai menyumbang kepada peme- catannya sendiri selepas tidak sehaluan dengan pemain dan lembaga setelah kilauan daripada kejayaan memenangi kejuaraan lenyap dengan cepat.

Kaedah latihannya yang berat menimbulka­n kemarahan pemain senior dan dia merenggang­kan hubungan dengan lembaga ekoran layanan buruknya kepada penyerang Sepanyol, Diego Costa, selain leterannya yang tidak henti-henti mengenai kegagalan kelab untuk menggantik­an pemain terkemuka dengan mereka yang mempunyai keupayaan yang sama.

Sarri, seorang bekas pegawai bank, merupakan calon pilihan untuk menggantik­an rakan senegarany­a selepas membuktika­n diri sebagai pengurus kelab Serie A, Napoli, yang telah menggantik­annya dengan bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti.

Halangan utama adalah bayaran ganti rugi.

Conte dilaporkan dihutang 9 juta pound (RM49.5 juta) jika masih tidak bekerja bagi musim ini dan dengan jawatan utama seperti Real Madrid dan pasukan kebangsaan Itali – yang dia pegang selama dua tahun sehingga selepas Euro 2016 – sudah diisi, kemungkina­n besar dia tidak akan bekerja pada tahun ini.

Napoli juga menjangkak­an bayaran ganti rugi sekitar 4.5 juta pound (RM24.8 juta) untuk Sarri, yang masih diikat kontrak walaupun dia tidak lagi menjadi jurulatih mereka.

Sarri dipercayai bersetuju untuk membawa masuk bekas pemain kegemaran Chelsea, Gianfranco Zola – selepas karier pengurusan­nya tergendala setelah mengalami beberapa kegagalan – sebagai salah seorang kakitangan bilik belakangny­a.

Sarri juga sudah mengemukak­an senarai pemain yang dia mahu tandatanga­ni.

Mereka dilaporkan termasuk penyerang Belgium, Dries Mertens, dari Napoli, pemain tengah Rusia di kelab CSKA Moscow, Aleksandr Golovin, dan pemain pertahanan Itali, Daniel Rugani, dari Juventus, pasukan yang mengatasi Napoli dalam persaingan untuk kejuaraan Serie A.

Bagaimanap­un, disebabkan oleh keadaan yang tidak menentu, beberapa pemain Chelsea mahu meninggalk­an kelab itu.

Willian dari Brazil ingin sekali menyertai Barcelona dengan tawaran kontrak yang dilaporkan bernilai 70 juta pound ( RM385 juta) dan penjaga gol Belgium, Thibault Courtois, mengintai perpindaha­n ke Real Madrid kerana dua anak kecilnya – yang menurutnya adalah keutamaann­ya berhubung masa depannya – tinggal di ibu negara Sepanyol. — AFP

 ??  ?? CONTE
CONTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia