Utusan Borneo (Sarawak)

PESTAS sasar 30 pasukan sertai pertanding­an sepak takraw

-

SIBU: Persatuan Sepak Takraw Sibu ( PESTAS) menyasarka­n 30 pasukan menyertai Pertanding­an Sepak Takraw Tertutup Wilayah Tengah Sarawak di Kampung Bandong di sini pada 14 dan 15 Julai ini.

Jurucakap PESTAS, Mohd Zainorin berkata jika berjaya menarik lebih dari 30 pasukan maka tempoh pertanding­an tersebut akan dipanjangk­an.

“Kita menyasarka­n sebanyak 30 pasukan tetapi lebih banyak meriahlah pertanding­an ini,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, pertanding­an ini bertujuan untuk mencungkil bakat- bakat baharu dalam sukan sepak takraw.

“Pemain-pemain didapati beraksi cemerlang mungkin disenarai untuk diserapkan pasukan bahagian sebagai persediaan menyertai pertanding­an sepak takraw peringkat negeri di Kuching tahun ini,” jelasnya.

Pertanding­an ini menawarkan hadiah sebanyak RM1,500 berserta piala dan medal kepada juara manakala naib juara membawa pulang hadiah RM1,000 serta piala dan medal.

Tempat ketiga dan keempat masing- masing memenangi RM500 berserta medal.

Justeru, pasukan-pasukan sepak takraw berminat dari Sarikei, Kapit, Kanowit, Mukah, Daro dan sebagainya dijemput menyertai pertanding­an ini.

Tarikh tutup penyertaan pada 13 Julai dan cabutan undi diadakan pada hari sama jam 5 petang.

Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM80.

Borang penyertaan boleh didapati dengan menghubung­i Abdul Rahim di talian 0111-2641489, Afizan Sahri (014-6848767) atau Mohd Zainorin ( 0111152368­5).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia