Utusan Borneo (Sarawak)

Sofbol: SMK Green Road berlepas ke Miri

-

KUCHING: Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Green Road akan menghantar pasukan pada Miri Slow Pitch Softball Carnival yang akan diadakan di SMK Merbau, Miri pada 13 hingga 15 Julai ini.

The Hornets merupakan salah satu pasukan dari luar Miri dijemput oleh Persatuan Sofbol Miri menyertai kejohanan peringkat sekolah menengah itu anjuran bersama Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

“Kita berasa gembira dan berbesar hati kerana dijem- put oleh Persatuan Sofbol Miri dan kita mengucapka­n terima kasih terutamany­a kepada Alex Chu atas penghargaa­n itu.

“Kita mempunyai trek bagus sejak 2012 dan kelab kita mempunyai hubungan baik dengan persatuan Miri,” kata Penasihat Kelab Sofbol SMK Green Road, Juraimie Junaidi.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada Pengetua SMK Green Road, Abang Othman Abang Masagus kerana memberi kelulusan kepada mereka menyertai kejohanan itu.

Pihaknya turut mengucapka­n terima kasih kepada MSNS kerana membantu menganjurk­an karnival itu termasuk Jabatan Pendidikan Sarawak kerana memberi kelulusan kepada pelajarpel­ajar menyertai kejohanan tersebut.

“Memandangk­an ini kali pertama kita menyertai kejohanan ini ia akan menjadi pendedahan berguna kepada pemain- pemain bawah 15 tahun.

“Kita akan menghantar 10 pemain lelaki dan lima wanita dengan lima dalam kategori bawah 18 tahun dan 10 bagi kategori bawah 15 tahun ke Miri.

“Sudah tentu kita amat memerlukan dana untuk menampung perjalanan ke Miri dan saya ingin merayu jasa baik sektor kooporat, individu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Green Road serta ibu bapa membantu meringkan beban kelab kami,” katanya.

Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubung­i Juraimie di talian 0108848965.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia