Utusan Borneo (Sarawak)

Kembali dalam musim kedua

-

KUMPULAN ‘The Mouseketee­rs’ kembali lagi!

Dalam musim kedua yang baharu bagi program #1 di Saluran Disney ‘Club Mickey Mouse’, audiens Malaysia boleh menanti-nantikan lagulagu asal baharu yang digubah oleh penerbit muzik tempatan yang terkenal, dan lebih banyak lagi komedi, permainan dan penampilan tetamu selebriti, termasuk penyanyi-penulis lagu popular Hael Husaini, Haqiem Rusli dan aktres Diana Danielle.

Melakonkan semula watak mereka adalah Ketua Mouseketee­r, Charis, dan rakan-rakan Mouseketee­r, Dheena, Erissa, Faiz, Gabriel dan Wafiy.

Selepas Mouseketee­r Natasya lulus dari Club Mickey Mouse, Ellya berusia 14 tahun yang berbakat akan menyertai keluarga itu sebagai Mouseketee­r baharu pada musim ini.

Bersama kumpulan Mouseketee­rs akan terus menghiburk­an kanakkanak dan keluarga dalam program kontempora­ri dengan ciri Malaysia yang unik.

Memulakan musim dalam episod pertama adalah lagu rancak ‘Start Me Up’, yang digubah oleh Audi Mok, orang di sebalik pelbagai lagu yang memenangi anugerah dendangan artis terkemuka di Malaysia, termasuk Faizal Tahir, Joe Flizzow dan Siti Nurhaliza.

Peminat dapat mendengar lagu yang menarik itu di laman YouTube Disney Channel Asia (www.YouTube.com/ DisneyChan­nelAsia).

Lebih banyak lagu asal akan didedahkan pada musim ini oleh komposer tempatan, Aizat Amdan, Anas Amdan dan Mia Palencia.

Untuk meraikan pelancaran musim baharu, kumpulan Mouseketee­rs akan membawa Club Mickey Mouse untuk jelajah jalanan dalam ‘Club Mickey Mouse: LIVE!’ yang julung kali diadakan.

Peminat boleh mengalualu­kan persembaha­n tarian dan muzik secara langsung dari kumpulan Mouseketee­rs, permainan mengujakan, pratonton bagi apa yang bakal disajikan pada musim baharu dan peluang untuk berjumpa dengan anggota Mouseketee­rs sendiri.

Club Mickey Mouse membuat penampilan sulungnya di Asia Tenggara pada September 2017.

Musim pertama amat berjaya sekali, menjadi program #1 di Saluran Disney dengan 2.7 juta penonton di udara, 11 juta pelawat dalam seluruh platform digital, dan 14 juta tontonan video di Laman Facebook Disney Channel.

Dicipta oleh Walt Disney sendiri pada 1955, program aneka ragam yang ikonik untuk kanakkanak telah dihidupkan semula, diformat semula dan dibayangka­n semula selama ini untuk sentiasa relevan bagi audiens.

Siri itu akan memaparkan kandungan dalam campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, dan akan mempunyai sebanyak 13 episod.

Musim 2 Club Mickey Mouse ditayangka­n buat pertama kali pada Jumaat, 6 Julai 2018, jam 2.30 petang di Saluran Disney (Astro Saluran 615) dan juga boleh didapati On Demand.

Pelanggan Astro juga boleh menonton tayangan perdana ‘Club Mickey Mouse’ di Disney XD (Astro Saluran 617) dan Disney Junior (Astro Saluran 613) pada waktu yang sama.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia