Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen menarik pengguna China beli produk Malaysia menerusi pasaran dalam talian

-

KUALA LUMPUR: MISC Bhd memperoleh kontrak sewa jangka panjang bernilai AS$441 juta (AS$1=RM4.04) daripada Hess Exploratio­n and Production Malaysia B.V. untuk pajakan kemudahan penyimpana­n dan pemindahan terapung (FSO) dikenali sebagai FSO Mekar Bergading, secara kapal kosong.

Kontrak itu berdasarka­n perjanjian jual dan sewa berhubung FSO antara Hess dan MISC, yang membawa kepada MISC mendapat pemilikan FSO daripada Hess.

“FSO akan dipajak oleh Hess untuk tempoh 16 tahun. Sewa akan bermula pada 1 Sept, 2018,” menurut syarikat logistik maritim itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Hess, sebuah syarikat yang diperbadan­kan di Belanda, merupakan syarikat tenaga bebas global yang terlibat dalam eksplorasi dan pengeluara­n minyak mentah dan gas asli.

MISC berkata kontrak itu tidak akan memberi kesan kepada modal saham terbitan dan berbayar serta pegangan saham yang besar.

Kontrak itu juga tidak akan memberi impak yang ketara kepada pendapatan sesaham, tahap kadar hutang dan aset bersih sesaham MISC bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018, katanya. — Bernama HANGZHOU: Kumpulan Alibaba melancarka­n kempen ‘Minggu Malaysia’ semalam, suatu kejayaan eDagang antara Malaysia dan China menerusi inisiatif Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ).

Kempen itu yang berakhir pada 12 Julai, bertujuan menarik pengguna China untuk membeli produk Malaysia menerusi pasaran dalam talian, yang merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Alibaba kepada Malaysia, hab elektronik pertama Platform Perdaganga­n Dunia (eWTP) di luar China.

Ketua Pegawai Operasi Ekonomi Digital Malaysia ( MDEC) Datuk Ng Wan Peng berkata inisiatif Minggu Malaysia itu menawarkan pelbagai peluang eDagang.

Bercakap kepada pemberita di sini semalam, beliau berkata Minggu Malaysia akan mempamerka­n lebih 100 jenama Malaysia dan lebih 800 produk yang bukan sahaja untuk pasaran China, bahkan ke pasaran global.

“Industri eDagang Malay- sia, PKS dan industri pelanconga­n dijangka meraih manfaat daripada Minggu Malaysia ini. Hari ini, kami mempunyai lebih daripada 3,000 PKS menyertai DFTZ dalam pelbagai kategori produk seperti makanan dan minuman, kecantikan dan penjagaan diri, perabot, dan sektor kesihatan dan perubatan,” kata Ng.

Beliau berkata kempen itu juga bertujuan untuk menarik lebih 60,000 pelancong ke Malaysia untuk merasai pengalaman mengenai kepelbagai­an negara dari segi budaya, makanan, dan tarikan pelancong.

Sementara itu, Pengurus Besar Alibaba. com, Kuo Zhang berkata sebagai platform perkhidmat­an sehenti terbesar perniagaan kepada perniagaan (B2B), Alibaba. com membantu membawa syarikat kecil dan sederhana Malaysia (PKS) ke pentas global dan memacu pertumbuha­n perniagaan mereka.

“Ia juga menyediaka­n latihan bagi memastikan Malaysia mempunyai bakat e- dagang tempatan untuk membangunk­an ekonomi digital negara.

“Sebagai komponen utama inisiatif eWTP, kami akan terus berusaha untuk mengurangk­an halangan perdaganga­n kepada PKS di Malaysia dan melepasiny­a,” kata Kuo.

Lebih 50 jenama Malaysia menyertai kempen ini dan akan dipaparkan di Tmall, yang memenuhi keperluan pengguna yang mencari produk berjenama, selain pengalaman, membeli- belah premium, sepanjang promosi selama seminggu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia