Utusan Borneo (Sarawak)

Jerayawara jualan promosi Shell Rimula Global di Star Mega Mall

-

SIBU: Pengedar minyak pelincir Shell terkemuka Sarawak, KTS Trading Sdn Bhd semalam mengadakan jerayawara jualan promosi Shell Rimula Global di Star Mega Mall, Sibu pada 6 dan 7 Julai ini.

Pengurus Cawangan KTS Trading Sdn Bhd Sibu Yong Bee Kiek berkata, jualan promosi minyak pelincir sintetik untuk enjin diesel kerja berat yang terbaharu iaitu Shell Rimula R6, R5 atau Rimula R4 X.

“Sepanjang promosi bermula 1 April lepas hingga 31 Julai ini, pelanggan yang membeli Shell Rimula R6, Rimula R5 atau Rimula R4 X layak untuk menyertai pertanding­an.

“Tujuh pemenang utama berpeluang memenangi hadiah lawatan empat hari, tiga malam ke Dubai pada 13 hingga 17 November nanti,” jelasnya kepada pemberita.

Untuk promosi dua hari di Star Mega Mall, Yong berkata pelanggan yang datang ke tapak promosi berpeluang mendapatka­n stok minyak pelincir dengan harga promosi.

“Hadiah percuma juga diberi kepada para pelang- gan Shell sebagai penghargaa­n atas kesetiaan mereka,” ujarnya.

Hadir pada jerayawara tersebut ialah Pengurus Kanan ( Bahagian Produk Industri) KTS Trading Ling Leong King dan Pengurus Akaun Indirect Channel Shell Timur Sdn Bhd Kon Thiam Sen.

KTS Trading Sdn Bhd merupakan pengedar Shell terkemuka di Sarawak selama 49 tahun dan amat komited dalam menyediaka­n penyelesai­an pelincir dalam semua keperluan industri.

Shell pula merupakan pembekal global nombor satu di peringkat global dalam tempoh 11 tahun berturut- turut.

Pelanggan yang berminat boleh mendapatka­n produk minyak pelincir dengan menghubung­i KTS Trading Sdn Bhd cawangan Sibu di talian 084- 323518.

 ??  ?? PROMOSI: Yong (lima kiri), Ling (enam kiri), Kon (tiga kanan) menunjukka­n tanda bagus pada jerayawara Shell Rimula Global di Star Mega Mall semalam.
PROMOSI: Yong (lima kiri), Ling (enam kiri), Kon (tiga kanan) menunjukka­n tanda bagus pada jerayawara Shell Rimula Global di Star Mega Mall semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia