Utusan Borneo (Sarawak)

MENAWARKAN HADIAH LEBIH LUMAYAN

Kuching Marathon 2018 (KM2018) kembali menemui peminat pada 12 Ogos depan

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Temasya ikonik, Kuching Marathon 2018 (KM2018) kembali menemui peminat di Padang Merdeka Kuching pada 12 Ogos depan dengan menawarkan hadiah lebih lumayan berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata edisi kelima itu akan menawarkan hadiah keseluruha­n berjumlah RM80,000 kepada pemenang.

“Pada tahun lalu, jumlah keseluruha­n hadiah berjumlah RM70,000. Tahun ini kita tambah menjadi RM80,000. Selain itu, semua pelari juga akan diberi baju-T dan medal. Mereka yang berjaya menamatkan larian 42km dan 21km akan mendapat baju-T khas,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurut Abdul Karim, penyertaan setakat ini amat menggalakk­an dengan lebih 7,000 peserta dari Sarawak, Sabah, Semenanjun­g Malaysia, Brunei dan Indonesia telah mendaftar untuk menyertai empat kategori dipertandi­ngkan ( 42km, 21km, 10km, 5km).

Beliau juga yakin edisi kali ini mampu melepasi sasaran 11,000 seperti yang dicatatkan pada 2017.

“Ini tahun kelima Kuch-

Pada tahun lalu, jumlah keseluruha­n hadiah berjumlah RM70,000. Tahun ini kita tambah menjadi RM80,000. Selain itu, semua pelari juga akan diberi baju-T dan medal. Mereka yang berjaya menamatkan larian 42km dan 21km akan mendapat baju-T khas.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

ing Marathon diadakan, satu temasya sukan yang amat ditunggu-tunggukan oleh pelari marathon. Walaupun baharu lima tahun tetapi sukan ini telah mendapat sambutan begitu hangat daripada peminat-peminat marathon bukan sahaja dari Sarawak tetapi seluruh dunia.

“Tahun lalu, kita dapat melihat penglibata­n peserta dari Afrika. Walaupun nama hanya Kuching Marathon namun ia bertaraf antarabang­sa kerana larian ini mendapat pengiktira­fan Persatuan Larian Jarak Jauh dan Maraton Antarabang­sa (AIMS),” katanya.

Jelasnya, di Malaysia hanya empat marathon yang mendapat pengiktira­fan dari AIMS dan KM2018 salah satu daripadany­a.

Beliau menambah, larian itu bakal memberi implikasi besar terhadap industri pelanconga­n negeri dengan kehadiran ramai pelancong dari luar negara.

Katanya, laluan dipilih juga unik dan menarik di mana peserta akan melalui kampung-kampung dan tempat bersejarah sekitar Bandar raya Kuching sekali gus memberi nilai tambah kepada penganjura­n KM2018.

Orang ramai yang berminat disarankan mendaftar dengan segera dan pendaftara­n bagi kategori 42km dan 21km akan ditutup pada 12 Julai ini manakala kategori 10km dan 5km ditutup pada minggu pertama Ogos depan.

Pendaftara­n boleh dibuat menerusi laman sesawang www.marathonku­ching.com.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Dr Ong Kong Swee dan Presiden Persatuan Marathon Bahagian Kuching, Wong Chen Yi.

 ??  ??
 ??  ?? SERTAI KUCHING MARATHON: Abdul Karim (tengah) menunjukka­n laluan KM2018 kepada media pada sidang media bersama Ong (kanan) dan Wong (kiri) di Kuching semalam.
SERTAI KUCHING MARATHON: Abdul Karim (tengah) menunjukka­n laluan KM2018 kepada media pada sidang media bersama Ong (kanan) dan Wong (kiri) di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia