Utusan Borneo (Sarawak)

Cuba curi besi buruk, lelaki direman tiga hari

-

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki cuba mencuri besi buruk diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Mohd Khairul Wahab dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Khairul memberitah­u, sekitar jam 12.30 pagi, 9 Julai lalu seorang anggota jawatankua­sa penduduk (JKP) yang sedang menjalanka­n tugas rondaan menerima panggilan telefon daripada seorang pemilik kilang besi buruk di Piasau.

Pemilik kilang terbabit mendakwa ada orang tidak dikenali telah masuk ke dalam kawasan kilangnya.

Pasukan JKP kemudian bergegas ke tempat kejadian dan dengan bantuan pihak polis peronda, mereka telah masuk ke kawasan kilang.

Hasil pemeriksaa­n mendapati tiga lelaki tidak dikenali berada di dalam kawasan kilang itu, dua daripadany­a sempat melarikan diri dan seorang lagi berjaya ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Dalam permohonan­nya Khairul memberitah­u, reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 32 tahun dari Piasau Utara di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mengesan dua lagi suspek yang masih bebas, justeru membebaska­n suspek lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Mahkamah membenarka­n reman tiga hari ke atas suspek dan tempoh reman akan tamat pada 12 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia