Utusan Borneo (Sarawak)

Penjenayah tegar nafi tuduhan salah guna dadah

-

MIRI: Seorang penjenayah tegar diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya dibebas dengan jaminan RM2,000 berserta dua penjamin tempatan setelah menafikan tuduhan menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Ogos depan untuk pengurusan kes.

Pek Thiam Chai, 59, dari Bandar Baru Permyjaya di sini didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, ter- tuduh boleh dikenakan denda hingga RM5,000 atau penjara hingga dua tahun dan serta merta dikehendak­i menjalani pengawasan oleh pegawai yang ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah didakwa menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasu- kkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.35 petang, 27 November 2017 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Terdahulu pegawai pendakwa memohon ditetapkan tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangk­an tertuduh telah mengaku tidak bersalah.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa, manakala tertuduh tidak diwakili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia