Utusan Borneo (Sarawak)

Amal pembalakan lestari di kawasan tanah tinggi: John

FORMADAT menggesa amalan ini dilaksanak­an untuk kesejahter­aan penduduk tempatan dan alam sekitar

- Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher

KUCHING: Perikatan Orang Asal di Tanah Tinggi Borneo (FORMADAT) menggesa agar amalan pembalakan lestari dilaksana di kawasan tanah tinggi untuk kesejahter­aan penduduk tempatan dan alam sekitar.

Timbalan Pengerusi FORMADAT Sarawak John Tarawe berkata tanah tinggi merupakan sebahagian daripada Heart of Borneo dan oleh itu, tindakan tersebut penting untuk memastikan operasi pembalakan yang lestari dilaksanak­an melalui platform yang dipanggil Jawatankua­sa Perwakilan Komuniti (CRC), yang berfungsi meningkatk­an suara rakyat kepada syarikat-syarikat balak yang beroperasi di kawasan berkenaan.

“Kami ingin syarikat-syari- kat balak mengiktira­f peranan CRC dalam menangani isu-isu yang mempengaru­hi komuniti tempatan.

“Perwakilan masyarakat yang tinggal di dalam atau bersebelah­an dengan konsesi balak seperti CRC adalah sebahagian daripada keperluan untuk pengurusan hutan dan pensijilan lestari di Sarawak,” katanya.

Terdahulu, John bersama delegasi FORMADAT yang turut diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan berkongsi dengan ketua menteri legasi FORMADAT dan beberapa pencapaian­nya di peringkat antarabang­sa baru-baru ini.

Ia juga bertujuan mendapatka­n sokongan terutama dalam usaha menanam padi secara berterusan dan mempromosi­kan acara ekopelanco­ngan mereka, ‘Heart of Borneo Highlands Eco Challenge’.

Turut serta Pengerusi FORMADAT Malaysia Penghulu George Sigar Sultan bersama enam ahli yang berasal dari Bario, Ba’Kelalan dan Long Semadoh.

Mereka juga diiringi Pengarah Institut Infomatik Sosial dan Inovasi Teknologi (ISITI) UNIMAS Profesor Dr Narayanan Kulathu Ramaiyer, Ketua Program WWF Malaysia Sarawak Dr Jason Hon dan Pegawai Kanan Penglibata­n dan Pendidikan Komuniti Alicia Ng.

Kami ingin syarikat-syarikat balak mengiktira­f peranan CRC dalam menangani isu-isu yang mempengaru­hi komuniti tempatan.

John Tarawe Timbalan Pengerusi FORMADAT Sarawak

 ??  ?? UNTUK ALBUM: John (tiga kiri) bersama Uggah (dua kiri), ahli-ahli FORMADAT dan yang lain merakam kenangan dengan Abang Johari.
UNTUK ALBUM: John (tiga kiri) bersama Uggah (dua kiri), ahli-ahli FORMADAT dan yang lain merakam kenangan dengan Abang Johari.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia