SEDC kongsi kemeriahan Aidilfitri dengan murid tujuh sekolah rendah
KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) berkongsi kemeriahan Aidilfitri bersama murid daripada tujuh sekolah rendah dalam bahagian Kuching semalam.
Ia merupakan edisi kedua Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri itu dianjurkan pihak SEDC di sini semalam.
Murid- murid berkenaan adalah daripada Sekolah Kebangsaan ( SK) Gersik, SK Tabuan Ulu, SK Tabuan Hilir, SK St Andrew Kuching, SK Stapok, SK Binyu Padawan dan SJK Chung Hua Pending.
Majlis tersebut dirasmikan Pengurus Besar SEDC Soedirman Aini.
Beliau turut ditemani Timbalan Pengurus Besar Sektor Perkhidmatan Korporat SEDC Rakayah Hamdan dan Timbalan Pengurus Besar Sektor Komersil SEDC Edwin Abit.
“Saya berharap majlis akan memberi lebih banyak keceriaan kepada murid dan dapat menyuntik motivasi untuk mencapai kecemer- langan dalam akademik masing-masing,” katanya.
Beliau juga memberi penghargaan kepada warga guru yang berdedikasi dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik tanpa mengira perbezaan di sekolah-sekolah berkenaan.
Katanya majlis tersebut adalah sebahagian daripada usaha pihaknya memberi balik kepada komuniti di bawah tanggungjawab sosial korporat(CSR).