Utusan Borneo (Sarawak)

Swinburne Sarawak telah memulakan pengambila­n pelajar ACCA

-

KUCHING: Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) telah memulakan pengambila­n pelajar ACCA ( Associatio­n of Chartered Certified Accountant­s) iaitu silibus baharu ‘ Strategic Business Leader’ ( SBL) dan ‘ Paper P5 Advanced Performanc­e Management’ sejak Jun lepas dengan 40 pelajar.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, Ketua Pengkhusus­an Kursus Profesiona­l Swinburne Fung Chorng Yuan berkata kertas SBL merupakan peperiksaa­n selama empat jam dan penilaian.

“Pelajar akan diberi beberapa dokumen seperti minit mesyuarat, transkrip temu duga dengan ketua pegawai eksekutif syarikat, data kewangan dan bukan kewangan serta dokumen lain yang berkaitan.

“Dengan dokumen berkenaan, mereka akan diminta menilai, menganalis­is atau memberi komen tentang permasalah­an perniagaan dan membuat beberapa idea cadangan,” katanya semalam.

Swinburne Sarawak mempunyai rekod yang baik dalam membantu pelajar mencapai keputusan peperiksaa­n ACCA yang cemerlang sejak pengambila­n pertama pada Julai 2017.

Sementara itu, Dekan Fakulti Perniagaan, Rekaan dan Seni Swinburne Sarawak Professor Lee Miin Huui berkata pelajar yang cemerlang berpeluang meneruskan pengajian mereka ke peringkat Sarjana Muda Perniagaan atau peperiksaa­n profesiona­l ACCA.

Pengambila­n seterusnya akan memulakan kelas pertama mereka pada 30 Julai ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Fung di talian+082260680 atau e-mel ke cfung@ swinburne. edu. my, juga boleh melayari laman web Swinburne Sarawak di www.swinburne.edu.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia