Utusan Borneo (Sarawak)

Miliki cap palsu imigresen: Akauntan dipenjara, sebatan

-

KUALA LUMPUR: Seorang akauntan warga Pakistan dihukum penjara tujuh tahun lapan bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam bagi kesalahan memiliki pasport dua individu lain dan pelbagai cap palsu milik Jabatan Imigresen Malaysia pada Februari lepas.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob menjatuhka­n hukuman itu terhadap Abdullah Qayyum, 26, selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Melayu.

Warga Pakistan itu dituduh memiliki pasport warga India dan Filipina yang dikeluarka­n untuk milik orang lain di sebuah restoran makanan segera di Taman Sri Gombak, Batu Caves, di sini pada jam 7.30 malam, 19 Feb lepas.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Dia juga dituduh memiliki satu cap pas khas Jabatan Imigresen Wilayah Perseku- tuan Kuala Lumpur, satu cap jata jabatan bahagian penguat kuasa Kuala Lumpur, satu cap pas lawatan sosial, Pejabat Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, satu cap keluar Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (KLIA), satu cap pas lawatan sosial, Pejabat Imigresen KLIA, tiga pelekat pas lawatan kerja sementara (PLKS) dan satu I-Kad atas nama Pinto Riza, yang didapati dipalsukan di tempat, masa dan tarikh sama.

Tuduhan mengikut Seksyen 56 (1A)(a) Akta Imigresen 1959/63 dibaca bersama Seksyen 55D akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM30,000 dan penjara maksimum 10 tahun serta sebatan tidak lebih daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Bapa kepada dua cahaya mata itu dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan denda RM50,000 bagi pertuduhan di bawah Akta Pasport dan penjara lapan bulan lagi jika gagal membayar denda itu dan bagi pertuduhan di bawah Akta Imigresen, dia dihukum penjara tujuh tahun dan tiga sebatan.

Minggu lepas, Abdullah melalui peguamnya telah menghantar representa­si ke Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengurangk­an 11 pertuduhan yang dihadapiny­a pada awalnya kepada dua pertuduhan iaitu satu pertuduhan di bawah Akta Pasport dan satu pertuduhan mengikut Akta Imigresen.

Terdahulu sebelum menjatuhka­n hukuman, Hakim Wan Mohd Norisham berkata tertuduh bernasib baik kerana representa­sinya untuk mengurangk­an pertuduhan daripada 11 kepada dua pertuduhan dibenarkan.

“Ini merupakan kesalahan serius. Dalam kes ini tertuduh mempunyai cap imigresen yang telah dipalsukan, tertuduh telah merampas hak 16,000 pegawai Imigresen untuk menjalanka­n tugas,” katanya.

Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Imigresen, Mohd Khairul Amri Mohd Zainuddin memohon hukuman setimpal atas alasan ini merupakan kesalahan berat bagaimanap­un, Abdullah yang diwakili peguam Edwin Navis memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah insaf selain menyesal akan perbuatann­ya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Abdullah dihukum penjara tujuh tahun lapan bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam bagi kesalahan memiliki pasport dua individu lain dan pelbagai cap palsu milik Jabatan Imigresen Malaysia pada Februari lepas.
— Gambar Bernama BERSALAH: Abdullah dihukum penjara tujuh tahun lapan bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam bagi kesalahan memiliki pasport dua individu lain dan pelbagai cap palsu milik Jabatan Imigresen Malaysia pada Februari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia