Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Malaysia ucap selamat hari jadi, doa untuk Tun Dr Mahathir

-

KUALA LUMPUR: Ulang tahun ke-93 Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun ini bukan sahaja lebih istimewa kerana kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia, malah beliau mendapat perhatian luar biasa dari seluruh rakyat Malaysia.

Sejak kelmarin Dr Mahathir dihujani ucapan selamat dan tahniah serta doa kesejahter­aan dirinya melalui media sosial daripada pelbagai lapisan masyarakat, tidak mengira peringkat umur, bangsa, agama serta latar belakang.

Perdana Menteri yang ketujuh itu, yang dilahirkan di seberang Perak, Alor Star, Kedah pada 10 Julai 1925 pernah menjadi Perdana Menteri keempat bermula 1981 sehingga 2003.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam laman Facebookny­a tidak ketinggala­n membingkis­kan ucapan selamat ulang tahun kepada Dr Mahathir.

“Selamat kembali untuk membina warisan politik demokrasi, keadilan dan perpaduan baharu serta Malaysia sebagai negara kelas tinggi antarabang­sa yang merupakan ‘mercu cahaya dalam dunia yang terganggu’,” ucapnya.

Manakala anak Dr Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu rakaman video menzahirka­n ucapan mewakili seluruh rakyat negeri Kedah.

Dalam video berdurasi kirakira 40 saat yang dimuat naik melalui Mukhriz Mahathir FC itu, Mukhriz berharap ayahnya terus diberi kesihatan yang baik dalam memimpin negara ini.

“Saya mewakili seluruh rakyat Kedah berharap kepada ayahanda Tun M supaya terus dipanjangk­an usia, disihatkan tubuh badan, terus waras akal fikiran, bijaksana, terus diberi petunjuk dan hidayah untuk memimpin negara ke tahap yang lebih makmur aman dan sejahtera,” katanya.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa turut tidak ketinggala­n memuat naik pada laman twitternya dalam dwibahasa dengan mengucapka­n ‘Selamat hari lahir YAB PM @ chedetoffi­cial. semoga dikurniaka­n kesihatan berpanjang­an/Happy Birthday YAB PM. Best wishes and good health always’.

Dalam pada itu, Panglima Angkatan Tentera (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dalam satu rakaman video mewakili warga ATM berkata semangat gigih pemimpin berusia 93 tahun itu menjadi pembakar semangat untuk pasukan keselamata­n itu dalam menjaga keamanan negara.

“Kami mengambil semangat daripada Tun yang telah 93 tahun tetapi masih lagi berusaha untuk memartabat­kan negara.

“Kami akan mengambil semangat itu sebagai satu perjuangan dan contoh untuk memimpin ATM,” katanya dalam video yang dimuatnaik dalam Facebook Markas Angkatan Tentera Malaysia itu.

Manakala rakyat Malaysia juga tidak ketinggala­n mengucapka­n selamat ulang tahun kepada Dr Mahathir melalui media sosial dengan tanda pagar #TunM93.

Rata- rata netizen mendoakan agar Perdana Menteri ketujuh itu terus diberikan kesihatan dan kecerdasan untuk memimpin negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia