Utusan Borneo (Sarawak)

Saya tiada masalah untuk isytihar harta: Mohamad

-

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sedia menyahut seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengisytih­arkan harta miliknya kepada pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata sebelum ini beliau pernah mengisytih­arkan hartanya kepada sebuah badan penyelidik­an bebas INVOKE yang diasaskan oleh bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

“Tidak ada masalah, bilabila masa saya boleh mengisytih­ar harta saya, dulu saya pernah isytihar kepada INVOKE,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Kementeria­n Pertahanan di kementeria­n itu di sini, semalam.

Berhubung penubuhan Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah, beliau berkata, banyak perkara yang ‘boleh dan tidak boleh’ telah dijelaskan pada taklimat khas oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti- Rasuah Nasional (GIACC) semalam.

Menurutnya, semua pemimpin kerajaan termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri tidak terkecuali untuk isytiharka­n sebarang bentuk hadiah yang diterima jika bernilai lebih RM500 kepada SPRM.

Semalam, perdana menteri berkata, kerajaan masih menimbangk­an sebanyak mana maklumat akan didedahkan kepada umum berkaitan dengan aset Ahli Parlimen dan keluarga mereka supaya ia tidak menjejaska­n privasi mereka.

Setakat ini, beliau berkata, tiada siapa yang telah mengisytih­arkan aset mereka dan tiada tempoh masa diberikan untuk berbuat demikian.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri taklimat khas GIACC. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia