Utusan Borneo (Sarawak)

Alli menegaskan England kawal debaran dengan baik, persediaan aksi separuh akhir menentang Croatia hari ini

-

REPINO, Rusia: Ketika keterujaan hadir di England menjelang perlawanan separuh akhir pertama di Piala Dunia sejak 28 tahun, pemain tengah, Dele Alli menegaskan pasukannya mengawal debaran dengan baik dalam ‘buih’ mereka sendiri.

Perlawanan England di Rusia setakat ini menarik tontonan dan kegembiraa­n luar biasa di tanahair dengan jurulatih Gareth Southgate dan skuad muda beliau menawan hati penyokong.

Berbeza dengan suasana teruja itu, Alli dan rakan sepasukann­ya dalam keadaan tenang di pusat peranginan Repino, 45 kilometer dari barat laut Saint Petersburg.

“Anda berada dalam buih anda sendiri di sini – kem latihan, kembali di sini, membuat persediaan untuk perlawanan seterusnya. Ia tidak sehingga anda melihat media sosial dan internet di mana anda menyedari semua ini sangat luar biasa,” kata Alli Isnin lepas.

“Sememangny­a kami tahu kami bermain di Piala Dunia, di separuh akhir. Kami begitu fokus pada perlawanan di mana anda lupa apa yang telah anda lakukan setakat ini.

“I a penting di mana kami terus kekal seperti itu, terus berusaha dan berharap kami akan mencapai sesuatu yang menjadikan ia lebih istimewa untuk melang-

Anda berada dalam buih anda sendiri di sini – kem latihan, kembali di sini, membuat persediaan untuk perlawanan seterusnya. Ia tidak sehingga anda melihat biasa. ” media sosial dan internet di mana anda menyedari semua ini sangat luar Dele Alli Pemain tengah England

kah ke final dan memenangin­ya.”

Alli menjaringk­an gol p e r t a m a beliau di Piala Dunia ketika England melangkah ke separuh akhir dengan menewaskan Sweden 2- 0 pada perlawanan suku akhir Sabtu lepas. Satu perlawanan lebih sukar menentang Croatia di M o s c o w hari ini d e n g a n Croatia t e l a h menewaskan Argentina 3-0 pada pusingan pertama dan dibarisi bintang tengah t e r k e n a l sepertiLuk­a Modric dan Ivan Rakitic. T e t a p i ketika ramai pengulas dan malah penyokong E n g l a n d s e n d i r i terkejut dengan kemaraan p a s u - kan, Alli berkata skuad sentiasa percaya mereka boleh melangkah jauh. “K a m i harus percaya dan k a m i t a h u kami sang a t berbakat sebagai sebuah pasukan,” tambah beliau. “Kami tahu kami mempunyai beberapa pemain yang luar biasa dan seorang jurulatih hebat. Semua orang jelas dengan apa yang mahu kami lakukan. “Apabila anda mempunyai asas yang kuat dan jelas dengan apa yang anda mahu lakukan dan capai, ia tidak mengejutka­n di mana ia berjalan lancar untuk kami.” Ketenangan dalam kem England dan di luar padang adalah berbeza dengan apa yang dialami Croatia. Dalam kontrovers­i terbaharu, bekas bintang Croatia, Ognjen Vukojevic disingkirk­an dari delegasi pasukan Isnin lepas dan didenda oleh badan induk bola sepak dunia (FIFA) kerana mengeluark­an klip video pro-Ukraine selepas kemenangan ke atas Rusia menerusi penentuan sepakan penalti Sabtu lepas. Pemain pertahanan, Domagoj Vida, yang turut menjaringk­an gol menentang Rusia, juga diberi amaran oleh FIFA dalam kes klip video itu. Pada awal kejohanan, penyerang Nikola Kalinic dihantar pulang selepas di- laporkan tidak sehaluan dengan jurulatih Zlatko Dalic mengenai tahap kecergasan­nya.

Persiapan Croatia pada kejohanan itu juga dicemari perbicaraa­n rasuah bekas presiden kelab Dinamo Zagreb, Zdravko Mamic dan dakwaan ke atas kapten pasukan, Modric kerana didakwa mengemukak­an pengakuan palsu dalam kes itu.

Walau bagaimanap­un, Modric beraksi cemerlang dan tiga kali dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan pasukannya meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas menewaskan Denmark di pusingan kedua dan Rusia di suku akhir untuk pencapaian terbaik Croatia di Piala Dunia sejak ke separuh akhir di Piala Dunia 1998 di Perancis.

Keletihan mungkin memberi kesan kepada mereka di separuh akhir tetapi Dalic percaya pasukannya masih mempunyai tenaga untuk berdepan pasukan England.

“Sudah tentu masih ada tenaga untuk menentang England,” kata Dalic. “Ia adalah satu lagi pertarunga­n tetapi saya percaya dengan pasukan saya.” — AFP

 ??  ?? ALLI
ALLI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia