Utusan Borneo (Sarawak)

Croatia tidak akan melangkah sejauh ini tanpa Modric

-

MOSCOW, Rusia: “Kami sentiasa mendengar soalan yang sama dan kami memberikan jawapan yang sama”, kata pemain Croatia, Ivan Perisic minggu lepas.

Setiap kali seorang pemain Croatia hadir di hadapan media di Piala Dunia ini, beliau tahu satu soalan tentang Modric dan setiap kali jawapannya menggambar­kan rasa kagum dengan kapten mereka.

Modric, 23, beraksi cemerlang untuk membawa pasukannya ke peringkat separuh akhir Piala Dunia di mana mereka akan menentang England (2 am Khamis), dengan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan sebanyak tiga kali dari lima perlawanan.

Modric menjaringk­an dua gol di Rusia, termasuk satu gol cantik ketika menewaskan Argentina 3-0 pada perlawanan pusingan pertama dan dua gol pada penentuan tendangan penalti menentang Denmark di pusingan kedua dan Rusia di suku akhir.

Ketenangan dipamerkan oleh bintang kelab Real Madrid itu ketika menentang Denmark paling mencuri perhatian – di mana selepas gagal menyempurn­akan tendangan penalti pada masa tambahan, beliau masih mengambil tendangan penalti beberapa minit kemudian.

Selepas sekali lagi membantu Real Madrid memenangi kejuaraan Liga JuaraJuara dengan menewaskan Liverpool di final pada bulan Mei, Modric hampir pasti memenangi anugerah Ballon d’Or jika beliau boleh membimbing Croatia memenangi Piala Dunia.

“Saya sudah mengenali Luka untuk beberapa tahun, bukan hanya dalam pasukan kebangsaan. Kami bermain di peringkat kelab yang sama juga,” kata penyerang Mario Mandzukic, yang bermain bersama Modric di Dinamo Zagreb satu dekad yang lalu sebelum Modric menyertai Tottenham Hotspur.

“Beliau selayaknya diberikan penghargaa­n dan anugerah dari media dan orang ramai. Beliau sudah bekerja-keras untuk sampai ke peringkat ini.

“Beliau kapten kami, pemimpin kami, kami mengikuti beliau dan jika pasukan berjaya mendapatka­n keputusan yang baik dan beliau mendapat Ballon d’Or, beliau selayaknya memenangin­ya dan saya mahu beliau memenangin­ya.”

Bagi sebuah negara seperti Croatia, dengan populasi kurang dari empat juta, untuk layak ke separuh akhir Piala Dunia adalah satu pencapaian yang hebat.

Tiada banyak prospek di mana mereka akan melangkah sejauh ini tanpa Modric, yang masih kecil ketika dipaksa melarikan dari perkampung­an mereka selepas datuknya dibunuh oleh tentera Serbia dalam perang kemerdekaa­n Croatia.

Tetapi ini adalah seorang pemain di mana reputasiny­a terjejas di tanahair sebelum kejohanan bermula kerana implikasi perbicaraa­n rasuah bekas presiden Dinamo Zagreb, Zdravko Mamic.

Walaupun masalah di luar padang, Modric dikagumi sebagai pemimpin dalam padang, membolehka­n mereka menyamai pencapaian terbaik pasukan 1998 yang melangkah ke separuh akhir.

Sekarang mereka mahu memperbaik­i rekod itu tetapi melangkah sejauh ini sudah dilihat sebagai satu kebangaan untuk penduduk Croatia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia