Utusan Borneo (Sarawak)

NFDP memainkan peranan penting lahir pemain bola sepak berbakat

-

KUCHING: Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP) memainkan peranan penting dalam melahirkan pemain bola sepak berbakat di peringkat akar umbi.

Program itu sekali gus inisiatif dilaksanak­an kerajaan itu diharapkan dapat mengangkat semula mutu bola sepak negara yang semakin suram sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang berkata NFDP dilihat sebagai pendekatan terbaik untuk mencungkil bakat-bakat berpotensi di Sarawak yang boleh diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi suatu hari nanti.

“Satu pendekatan yang amat tepat dengan adanya program seperti ini. Saya percaya ramai bakat baharu yang lahir menerusi program ini nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Liga akademi TUNAS Program Pembanguna­n Bola Sepak (NFDP) Negeri Sarawak dan Majlis Gawai Raya NFDP di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPTAR) Kota Samarahan pada Sabtu lalu.

Menurutnya, sambutan menggalakk­an daripada peserta pada program itu memperliha­t minat mendalam kanak-kanak terhadap bola sepak dan ia petanda baik kepada masa depan sukan itu di Sarawak dan negara amnya.

“Saya yakin, ada kalangan peserta program ini akan di- pilih untuk mewakili negeri atau negara pada masa akan datang. Mereka merupakan produk yang kita harapkan menjadi permata negara suatu hari nanti,” jelasnya.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Ketua NFDP Sarawak, Hazry Abdullah (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Rubiah (tiga kiri) selepas menyempurn­akan majlis perasmian program tersebut.
CENDERAMAT­A: Ketua NFDP Sarawak, Hazry Abdullah (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Rubiah (tiga kiri) selepas menyempurn­akan majlis perasmian program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia