Utusan Borneo (Sarawak)

30 peserta sertai senaman yoga bersama Denise Keller

-

SERAMAI 30 peserta menyertai kelas senaman yoga bersama Denise Keller di Pusat BeliBelah AEON Mall di Kuching, Ahad.

Denise adalah pengajar yoga terkenal dari Singapura dan juga model dan bekas joki video atau ‘Video Jockey’ (VJ) untuk MTV Asia.

Kelas yoga khas selama 45 minit bersama selebriti yoga terkenal itu dianjurkan oleh Lea Sports Centre (LSC), Level Up Fitness dan Under Armour Malaysia.

Ia merupakan acara khas untuk memperkena­lkan program ‘Yoga In The Wild’ yang julung kali diadakan di Cove 55, Santubong pada 9 sehingga 11 Julai ini.

Program Yoga In The Wild adalah sebahagian daripada acara Rainforest Fringe Festival (RFF) 2018 yang dihoskan oleh Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) dan Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

Denise yang ditemui pada acara tersebut, menyifatka­n program kelas senaman yoga itu bukan sahaja baik untuk kesihatan badan dan minda, malah ia dilihat sebagai platform untuk merapatkan hubungan bersama para peserta yoga yang lain.

“Saya rasa amat gembira, program ini mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dan berharap akan lebih ramai lagi peserta mengikuti program Young In Wild sempena RRF,” katanya.

Beliau dalam pada itu menggalakk­an kaum lelaki untuk menyertai kelas senaman yoga kerana ia dapat membantu mengurangk­an stres dan meningkatk­an kecergasan badan mereka. SURUHANJAY­A Guttmacher-Lancet mengenai Hak-hak Kesihatan Seksual dan Reprodukti­f, menyeru negara, agensi antarabang­sa, kalangan penderma, kumpulan masyarakat sivil serta pihak berkepenti­ngan utama lain agar memberi komitmen kepada agenda baharu yang berani untuk mencapai akses sejagat bagi hak-hak kesihatan seksual dan reprodukti­f.

Suruhanjay­a itu adalah satu kerjasama antara para pakar kesihatan, pembanguna­n dan hak asasi manusia dari seluruh dunia.

Agenda itu, yang dibentangk­an dalam laporan baharu yang diterbitka­n baru-baru ini dalam The Lancet, mengutara perkara ini berdasarka­n bukti, satu visi masa hadapan yang bersesuaia­n, yang boleh dicapai dan penting ke arah pencapaian tahap kesihatan, pembanguna­n yang adil dan hak-hak asasi semua pihak.

Laporan itu, yang dilancarka­n di Johannesbu­rg, Afrika Selatan, merangkumi hak semua individu untuk membuat keputusan mengenai tubuh dan kehidupan mereka — bebas daripada stigma, diskrimina­si dan paksaan — dan mempunyai akses dalam hal-hal berkaitan seksual asas dan kesihatan reprodukti­f.

“Jurang dalam hak-hak kesihatan seksual dan reprodukti­f di seluruh dunia memberi kesan ketara terhadap individu, masyarakat dan ekonomi. Kita tidak seharusnya bertolak ansur dalam mendepani masalah ini,” kata Pengerusi bersama Suruhanjay­a berkenaan dan bekas Pengarah Eksekutif bagi African Population and Health Research Center, Dr Alex Ezeh.

“Sudah tiba masanya untuk menghapusk­an ketidaksam­aan ini dengan pendekatan menyeluruh

Laporan Suruhanjay­a itu memperinci­kan betapa pentingnya keperluan kesihatan seksual dan reprodukti­f. Setiap tahun di kawasan membangun: • • • • • Lebih 200 juta wanita ingin mengelak kehamilan tetapi tidak menggunaka­n kontraseps­i moden Lebih 45 juta wanita tidak menerima penjagaan antenatal yang mencukupi, atau tidak sama sekali Lebih 30 juta wanita bersalin tanpa kemudahan kesihatan Setiap tahun, di seluruh dunia: Berlaku 25 juta penggugura­n kandungan secara berbahaya Kira-kira 180 juta pasangan mungkin mengalami ketidaksub­uran Hampir dua juta orang dijangkiti HIV Kira-kira 266,000 wanita mati akibat kanser serviks yang tidak mengetepik­an komponen kritikal seperti akses kepada penggugura­n kandungan secara berbahaya dan tidak sah, pencegahan pembiakan kanser, atau rawatan kemandulan.”

Dan pada satu ketika dalam hidup mereka, kira-kira satu dalam tiga wanita di seluruh dunia berhadapan keganasan berasaskan gender, kebanyakan­nya melibatkan pasangan sendiri.

“Sejak sekian lama, dunia telah menerima realiti buruk ini sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Laporan kami menunjukka­n bagaimana keadaan itu dapat diatasi, dengan merangka rancangan sokongan yang boleh digunakan oleh negara berkaitan dalam menyediaka­n perkhidmat­an asas serta tindakan yang perlu,” kata Pengerusi bersama Suruhanjay­a dan Ketua Pegawai Eksekutif Guttmacher Institute Ann M Starrs.

Suruhanjay­a itu melaporkan bahawa untuk memenuhi keperluan kaedah pencegahan hamil moden, penggugura­n kandungan cara selamat, serta penjagaan kesihatan ibu dan bayi yang baru lahir di negara-negara membangun akan melibatkan belanja kira-kira AS$9 (RM36) seorang setahun. Ini adalah pelaburan yang berpatutan, terutamany­a memandangk­an separuh daripada jumlah itu telah dibelanjak­an untuk menampung kos penjagaan semasa, dan boleh menghasilk­an pulangan besar.

Akses kepada perkhidmat­an kesihatan seksual dan reprodukti­f boleh menyelamat­kan nyawa, meningkatk­an kesihatan dan kesejahter­aan, menggalakk­an kesaksamaa­n gender dan meningkatk­an produktivi­ti serta pendapatan isi rumah.

Suruhanjay­a itu menegaskan bahawa usaha meningkatk­an kesihatan bukan sahaja bergantung kepada pelaksanaa­n program yang berkesan, tetapi juga untuk memperting­kat hak — termasuk yang sering diabaikan dalam perbincang­an global, seperti kebebasan hak untuk memilih pasangan seks dan hak penjagaan bagi penggugura­n kandungan secara selamat dan sah.

Pesuruhjay­apesuruhja­ya itu menyeru agar negara berkaitan menangani norma-norma sosial, undang-undang dan dasar yang terbatas, dan memastikan agar kerajaan bertanggun­gjawab terhadap komitmenny­a.

“Langkah melancarka­n laporan Suruhanjay­a Guttmacher-Lancet di sini di Afrika Selatan amat sesuai, di mana kami berbangga kerana termaktub mengenai hak-hak kesihatan seksual dan reprodukti­f dalam Perlembaga­an kami,” kata Menteri Kesihatan Afrika Selatan Dr Aaron Motsoaledi.

Suruhanjay­a itu juga menegaskan pentingnya mengumpul lebih banyak bukti mengenai keperluan kesihatan seksual dan reprodukti­f dalam kepelbagai­an penduduk, yang sering dipinggirk­an dan lemah, termasuk golongan remaja, kalangan yang mempunyai orientasi seksual yang pelbagai dan kecelaruan identiti gender, golongan pelarian serta orang kurang upaya.

Suruhanjay­a Guttmacher-Lancet terdiri daripada 16 pesuruhjay­a termasuk dari Afrika, Asia, Eropah, Timur Tengah, Amerika Utara dan Amerika Selatan, yang masing-masing mempunyai kepakaran dan pengalaman pelbagai disiplin dalam bermacam-macam isu hak kesihatan seksual dan reprodukti­f. Dari 2016 hingga 2018, suruhanjay­a itu mengadakan banyak rundingan dan sintesis, bukti yang ada dengan sokongan penyelidik di Guttmacher Institute, the African Population and Health Research Center dan organisasi lain yang bergabung dengan beberapa pesuruhjay­a lain.

Guttmacher Institute adalah organisasi penyelidik­an dan dasar yang terkemuka, komited untuk memajukan hak-hak seksual dan kesihatan reprodukti­f di Amerika Syarikat dan global manakala The Lancet adalah salah satu jurnal perubatan terkemuka di dunia, diterbitka­n setiap minggu sejak tahun 1823. — Bernama

 ??  ?? KELAS KHAS: Denise mengendali­kan kelas senaman yoga khas di Pusat Beli-belah AEON Mall di Kuching, Ahad.
KELAS KHAS: Denise mengendali­kan kelas senaman yoga khas di Pusat Beli-belah AEON Mall di Kuching, Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia