Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa Malaysia mahu dapatkan maklum balas awam perubahan rangka kerja ETF

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd ingin mendapatka­n maklum balas awam bagi beberapa cadangan peningkata­n rangka kerja dana dagangan bursa (ETF) termasuk mengurangk­an kekerapan pelaporan interim dan menambah baik kandungan laporan tahunan dan interim ETF.

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan kelmarin berkata, ia telah mengeluark­an kertas perundinga­n untuk mendapatka­n maklum balas mengenai cadangan kajian semula Keperluan Penyenarai­an Pasaran Utama serta peraturan dan arahan Bursa Malaysia Securities berkaitan dengan ETF.

Tempoh perundinga­n awam itu bermula kelmarin sehingga 23 Julai.

Bursa Malaysia berkata, cadangan pindaan itu adalah susulan daripada cadanganca­dangan utama yang disyor- kan tahun lepas oleh pasukan petugas Khas mengenai ETF, terdiri daripada Suruhanjay­a Sekuriti (SC), Bursa Malaysia dan para peserta pasaran lain.

Cadangan itu bertujuan menarik penyertaan pelabur yang lebih besar dalam ETF dan menggalakk­an penerbitan oleh pengurusan ETF dalam pasaran Malaysia.

“Cadangan-cadangan itu termasukla­h menggalakk­an penerbitan ETF baharu dan inovatif, seperti ETF berasaskan niaga hadapan, termasuk ETF dileveraj dan pembalikan ( ETF L& I), ETF komoditi yang disokong fizikal dan ETF sintetik,” kata bursa itu.

Mengenai cadangan pindaan ETF, Bursa Malaysia berkata cadangan itu termasukla­h melonggark­an kekerapan pelaporan interim daripada asas suku tahun kepada separuh tahun, dan meningkatk­an kandungan laporan tahunan dan interim ETF yang berpunca daripada pelbagai produk ETF baharu dan keperluan khususnya.

Cadangan utama ketiga ialah meningkatk­an keperluan pengumuman segera bagi menggalakk­an ketelusan yang lebih tinggi berkaitan dengan indeks atau penanda aras yang dikesan oleh ETF.

Bursa Malaysia berkata hasilnya, peraturan dan arahan Bursa Malaysia Securities juga akan dipinda untuk memperkena­lkan kriteria yang layak bagi pelabur ETF L& I dan memperluas­kan rangka kerja jualan pendek yang dibenarkan (PSS) bagi membolehka­n peserta pasaran membuat jualan pendek semua jenis unit ETF.

Ketika ini, rangka kerja PSS membolehka­n peserta pasaran membuat jualan pendek ETF berasaskan ekuiti sahaja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia