Utusan Borneo (Sarawak)

Hubungan Malaysia-China terus terjalin untuk raih manfaat bersama

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus menjalin hubungan yang baik dengan China kerana kedua- dua negara mempunyai potensi untuk bekerjasam­a dalam pelbagai sektor yang akan saling memberi manfaat antara satu sama lain.

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin berkata, namun begitu ia bukan bermakna Malaysia akan bergantung kepada China tetapi negara sebaliknya boleh melihat kepada kelebihan yang ia boleh peroleh daripadany­a yang menyediaka­n peluang kerjasama.

“Saya melihat China memiliki kelebihan dan perkaraper­kara yang kita boleh belajar daripada mereka, ter- masuk teknologi, manakala pada masa yang sama, lokasi strategik kita telah memberikan kita banyak kelebihan dengan China. Malaysia akan terus mesra dengan sesiapa sahaja dan apa yang paling penting, apakah peranan yang boleh kita mainkan, sebagai sebuah negara kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menyampaik­an ucap tama pada Forum Kerjasama Selatan-Selatan dalam Era Baharu Asia di Universiti Malaya, di sini, semalam.

Menurut Yeo, oleh kerana Malaysia memiliki pasaran yang terhad, penting untuk bekerjasam­a dengan peneraju teknologi seperti China yang maju dalam kecerdasan bua- tan (AI) dan sektor tenaga boleh diperbahar­ui.

“Kita perlu mentransfo­rmasikan perniagaan kita untuk berfikir jauh kehadapan berkaitan teknologi kerana inilah apa yang mewujudkan kekayaan, bukan hanya buruh dan modal,” kata Yeo.

Beliau juga menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk lebih banyak melabur dalam penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) bagi meluaskan pengetahua­n mereka dan membolehka­n mereka meningkatk­an rantaian nilai.

“Apa yang kementeria­n sedang rancang untuk lakukan bagi membantu memangkink­an pertumbuha­n pengetahua­n adalah kami akan mempunyai inventori peralatan saintifik yang kami ada dan data yang kami boleh kongsi.

“Kami merancang membuka sumber beberapa data yang kami ada dalam kerajaan serta peralatan saintifik, kepada orang luar termasuk kepada sektor swasta terutamany­a PKS untuk mereka menggunaka­nnya pada harga minimum,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan beliau, Yeo berharap kerjasama dengan China akan melibatkan lebih banyak pengkomers­ialan teknologi, kerjasama akademik dan pelaburan bersama antara Malaysia dan China dalam persekitar­an sama-sama menang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia