Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki disyaki dera anak teman wanita direman tiga hari

-

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki mendera seorang kanakkanak perempuan berusia tiga tahun yang merupakan anak teman wanitanya diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Suspek, 38, dari Taman Bumiko di sini diperintah­kan menjalani tahanan reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, menurut keterangan pegawai penyiasat Inspektor Saiful Azizi Kamlun, suspek telah ditangkap sekitar jam 1.30 pagi, 10 Julai lalu di sebuah rumah sewa di Jalan Pujut 4C di sini.

Tangkapan ke atas suspek dibuat berikutan laporan polis yang dibuat seorang wanita berusia 27 tahun di Balai Polis Pusat Miri pada 9 Julai lalu.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 12.30 tengah hari, 6 Julai lalu, beliau mendapati anak perempuann­ya yang berusia tiga tahun terdapat kesan lebam pada bahagian telinga kiri dan kanan serta pipi dipercayai didera.

Semasa kejadian, anaknya itu dijaga seorang lelaki yang merupakan teman lelakinya di rumah sewa lelaki terbabit.

Dalam permohonan lanjutnya Saiful memberitah­u, reman selama empat hari ke atas suspek amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 31 ( 1) ( a) Akta Kanak- Kanak 2001.

Selain itu, sekiranya suspek dibebaskan awal dikhuatiri akan mengganggu keselamata­n pengadu dan juga anaknya.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman selama tiga hari dan tempoh reman ke atas suspek akan tamat pada 13 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia