Utusan Borneo (Sarawak)

Lima suspek dicekup dalam Ops Lejang di Bintulu

Empat lelaki dan seorang wanita dipercayai aktif dalam kegiatan curi kenderaan dan pecah rumah

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Pemeriksaa­n ke atas tiga lelaki dalam Operasi Lejang oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu pada malam 9 Julai lalu membawa kepada penangkapa­n mereka yang dipercayai menunggang dua motosikal curi yang dilaporkan hilang masing- masing pada penghujung Mei dan 8 Julai lepas.

Susulan penangkapa­n ketiga- tiga suspek itu turut membawa kepada penangkapa­n dua lagi suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai aktif dalam kegiatan pecah rumah di bahagian ini.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili berkata, Operasi Lejang yang bermula pada jam 7 malam hingga 9.30 malam itu pada mulanya mengesan suspek bersama motosikal mereka yang didapati dalam keadaan mencurigak­an di dua tempat berasingan di sini iaitu hadapan sebuah bangunan Jalan Tanjung Batu dan kawasan pasar lama Bintulu.

“Hasil pemeriksaa­n dan semakan nombor casis dua motosikal suspek mendapati kedua-dua motosikal itu dilaporkan hilang di Bintulu pada penghujung Mei tahun ini dan 8 Julai lalu,” ujarnya dalam kenyataan di sini semalam.

Berikutan itu katanya, tiga suspek lelaki tempatan berumur antara 32 hingga 41 tahun itu ditangkap manakala dua motosikal tersebut dirampas untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu mencuri motosikal.

“Siasatan diteruskan ke atas suspek dan melalui risikan maklumat mendedahka­n seorang suspek tersebut turut aktif melakukan kegiatan pecah rumah di kawasan Bintulu, sekali gus membawa pihak polis kepada penangkapa­n dua lagi suspek iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berumur 31 dan 33 tahun di sebuah rumah flat Jalan Sultan Iskandar di sini,” ujarnya.

Penangkapa­n dua suspek itu katanya, membawa kepada rampasan hasil kegiatan pecah rumah iaitu sebuah peti televisyen dan sebuah kereta yang digunakan suspek yang dipercayai ada kaitan kejadian pecah rumah pertengaha­n Mei tahun ini di kawasan perumahan Jalan Sebiew.

“Kedua-dua suspek itu turut ditangkap bersama suspek curi motosikal dan kesemua suspek ditahan di lokap Balai Polis Pusat Bintulu serta permohonan reman telah dibuat ke atas suspek di Mahkamah Ma-

Hasil pemeriksaa­n dan semakan nombor casis dua motosikal suspek mendapati keduadua motosikal itu dilaporkan hilang di Bintulu pada penghujung Mei tahun ini dan 8 Julai lalu.

Superinten­den Zulkipli Suhaili Ketua Polis Daerah Bintulu

jistret di sini sehingga 14 Julai ini,” tambahnya.

Katanya, sabit kesalahan bagi kesalahan curi kenderaan memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun.

Manakala hukuman untuk kesalahan pecah rumah pula memperuntu­kkan penjara sehingga lima tahun dan denda serta jika berniat untuk mencuri penjara boleh dilanjutka­n sehingga 14 tahun.

 ??  ?? BAHAN BUKTI: Dua motosikal dipercayai dicuri dirampas daripada tiga suspek untuk siasatan lanjut.
BAHAN BUKTI: Dua motosikal dipercayai dicuri dirampas daripada tiga suspek untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia