Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak pernah keluar PL bagi program penghutana­n semula

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak pernah mengeluark­an sebarang Provisiona­l Lease (PL) bagi tujuan program penghutana­n semula, kata Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam SekitarDat­u Len Talif Salleh.

Jelas beliau, pada masa ini kerajaan hanya mengeluark­an lesen ladang hutan bagi tujuan penanaman pokok yang cepat tumbuh dan bernilai tinggi.

“Penubuhan ladang hutan memerlukan pihak pelesen menjalanka­n penebangan secara sistematik bagi mengurangk­an kesan terhadap alam sekitar dan mencapai hasil yang optimum.

“Semua aktiviti yang terlibat dalam penebangan hutan asli dan penanaman ladang hutan adalah tertakluk kepada kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) daripada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar ( NREB),” katanya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Len Talif menambah, kawasan yang dilaksanak­an program penghutana­n semula merangkumi konsesi hutan, kawasan terlindung sepenuhnya dan tanah kerajaan yang terosot.

Di samping itu, katanya, Jabatan Hutan mempunyai program kolaborati­f dengan agensi dan pertubuhan di dalam dan luar negara bagi melaksanak­an aktiviti penanaman semula hutan.

Ini termasuk program kesedaran awam yang melibatkan pihak sekolah, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan, sektor korporat dan orang awam.

“Sejak pelaksanaa­n program ini hingga 2017, seluas lebih kurang 1,508 hektar merangkumi program penanaman di kawasan hutan darat dan hutan pesisir pantai telah berjaya dilaksanak­an,” katanya.

Sementara itu, Len Talif berkata, sistem tebangan secara memilih telah dilaksanak­an di kawasan konsesi pembalakan terutama dalam kawasan hutan simpan kekal di Sarawak.

Jelas beliau, sistem ini menekankan hanya pokokpokok matang yang berdia- meter 60 sentimeter ke atas bagi spesies Dipterocar­p dan 45 sentimeter ke atas bagi spesies bukan Disterocar­p yang boleh ditebang.

Tambahnya, dirian pokok yang tinggal yang berdiamete­r kurang daripada had diameter tebangan akan dibiarkan untuk membesar secara semula jadi.

“Melalui pemantauan yang terperinci, kawasan hutan yang mempunyai pertumbuha­n semula jadi yang kurang memberangs­angkan akan dikenal pasti.

“Program pemulihan seperti aktiviti silvikultu­r dan penanaman mengaya dengan spesies komersil tempatan akan dilaksanak­an di kawasan berkenaan.

“Ini bertujuan memastikan stok dirian hutan yang berkekalan untuk kitaran tebangan 25 tahun yang akan datang,” katanya.

Menurut Len Talif, pada 2017 jumlah kutipan hasil daripada pengeluara­n balak adalah RM522 juta yang meliputi royalti, premium dan ses. KUCHING: Pembinaan 58 daripada 116 projek sekolah daif yang dikenal pasti untuk dibaiki dan dibina semula di Sarawak didapati gagal disiapkan mengikut jadual.

Menurut Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee, kebanyakan projek tersebut adalah di bawah Kementeria­n Pendidikan iaitu membabitka­n 52 projek sementara di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) melibatkan enam projek.

“Separuh daripada projek itu lewat sementara 45 lagi mendahului jadual dan 13 projek mengikut jadual,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Aidel Lariwoo ( PBB- Sadong Jaya) yang bertanya status pembinaan sekolah-sekolah daif di Sarawak pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) di sini, semalam.

Dr Annuar berkata, pembinaan kesemua 116 sekolah tersebut adalah membabitka­n peruntukan berjumlah RM419 juta.

Katanya, 50 sekolah diserahkan kepada JKR dan 66 lagi di bawah Kementeria­n Pendidikan sebagai agensi pelaksana.

Beliau menambah, dana yang diperuntuk­kan untuk membaiki dan membina semula semua sekolah tersebut adalah tidak mencukupi.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan persekutua­n memperuntu­kkan lebih banyak dana bagi menaik taraf dan membina sekolah usang dan daif di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia