Utusan Borneo (Sarawak)

RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2018 jaminan tambahan terhadap NTD, NCR

-

KUCHING: Rang UndangUnda­ng (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2018 (LCAB) yang memisahkan domain kawasan peribumi ( native territoria­l domain-NTD) daripada hak pemilikan sementara, merupakan jaminan tambahan terhadap NTD dan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi berkata, pindaan Seksyen 28 berkenaan dilihat mampu membawa ke arah penyelesai­an masalah berbangkit daripada keputusan mahkamah persekutua­n.

“Contohnya kes Tuai Rumah Nyuntan di mana mahkamah persekutua­n memutuskan bahawa pemilik tanah tidak berhak menuntut semula tanahnya tetapi hanya berhak menuntut atau menerima pampasan.

“Dengan adanya pindaan kepada Seksyen 28 ini, kawasan tanah yang telah diberi atau diletakkan di bawah hak pemilikan sementara (provisiona­l lease) perlu diukur bagi memastikan supaya NCR dan NTD dikecualik­an sebelum dokumen pemilikan dikelu- arkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2018 yang dibentangk­an Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Tambang Majang, ia bermakna hak pemilikan sementara tidak boleh dilaksanak­an sehingga pengukuran telah dilakukan ke atas NCR dan NTD.

Katanya dengan erti kata lain, NTD dikecualik­an terlebih dahulu sebelum penge- luaran dokumen yang sahih ke atas tanah tersebut.

Bagaimanap­un di sebalik kekuatan LCAB wujud kelemahann­ya apabila keluasa NTD hanya diperuntuk­kan seluas 500 hektar sahaja.

“Keluasan ini pastinya tidak mencukupi bagi sesetengah kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk.

“Maka itu saya memohon supaya pindaan RUU yang merujuk kepada kawasan NTD diperluas sehingga 500 hektar jika permohonan itu berasas dan mempunyai merit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia